17.12.21

Kuala Terengganu Oktober 2021 (Part 2)

Assalamualaikum..

    Kite sambung cerita Terengganu ni lagi ok. Pagi hari kedua tu kami check out dan cari sarapan nasi dagang. Dalam list nak try Nasi Dagang Atas Tol. so jomlah kite ke sana. Sampai je kat sana tengok macam dah tak ramai orang. Hati dah happy sikit tp bila turun nak beratur baru perasan signboard 'Habis' hahahaha. Adoiii tulah lewat lagi. Time tu dah hampir pukul 10 pagi. Lambat tadi sebab packing bag nak check out terus. So back up plan kite try Nasi Dagang Kak Pah di food court Pantai Batu Burok. Nasi Dagangnya boleh tahan, cuma nasi agak keras sikit. Lauk banyak. sedap hirup kuahnya. Portion besar juga. Umi makan 2 pinggan sebab lapar. hahaha.

Pose depan lobby sebelum check out

Nasi Dagang Kak Pah

Lepas perut dah kenyang, anak-anak ajak main kat tepi pantai. Sebab sini dah dekat sangat dengan Pantai Batu Burok ni. Cuaca cantik dan langit cerah. Walaupun tengahari tapi angin kuat so tak terasa panas. 

cuaca elok sangat

Puan belog

Banyak gerai yang menjual layang-layang. Pelbagai bentuk dan corak. Harga bermula dari Rm10 macamtu. Ayah bagi Aidil pilih mana 1 die nak. sebab die dari Bangi dah cakap nnti sampai tepi laut nak main layang-layang.

Terbang tinggi layang-layangnya

Seronok lah 3beranak ni. kami lg 3beranak duduk bawah pokok sebab puteri lilin.
 hahahahha

Main buaian tepi pantai 
kalo perasan Aisy tertido time naik buai ni. sebab angin kuat die pun tak banyak ragam, elok je die tido ;)


my 2 puteri


Elok die tido sepanjang kat sini. kakak2 dan abang nak main buai lagi tu. Umi & Aisy berehat bawah pondok ni. 

Sepanjang Pantai Batu Burok ni banyak jualan makanan dan minuman. Kami pun beli air yang jual-jual tepi jalan ni. sedap boleh tahan teh ais nya. kemudian ayah ajak balik sebab nak check in hotel kedua pula. Kali ni kami pilih Duyong Marina resort untuk penginapan 3h2m. 

Sebelum sampai hotel, kami singgah tempat wajib untuk beli kuih-muih tempatan di Gerai Kuih, Gong Kapas. terdapat pelbagai jenis kuih dan mee ada di sini. memang rambang mata kalo nak pilih. berwarna-warni. hihihii.

2018 -2021
dulu comel je time datang sini. kalini dah anak dara. 

Antara kuih-muih yang ada

pelbagai juadah untuk minum petang

bungkusan pun menarik membuatkan rambang mata nak memilih

kuih-muih tempatan

Puding buih fav anak-anak.

Banyak juga yang Umi tapau sebab kejap lg nak mandi pool so anak-anak mesti laparkan. Kami pun tadi tak Lunch. Makan Nasi Dagang aje. So adelah laksa n kuih-muih umi beli. 

Duyong Marina Resort

Sementara tunggu nak check in. Staff kata bilik belum ready lagi. pukul 3 baru boleh. meround la kami keliling hotel sementara nak tggu pukul 3.

Dah Jom naik buggy




Sampai bilik bole la santai bergolek atas katil. kami dapat blok yang paling hujung sekali. hotel ni nmpak dah uzur juga. Perabot pun dah lama. yang lain-lain oklah. toilet bersih. bath tub pun boleh guna. Aircond sejuk. keluasan bilik selesa untuk kami 6 beranak ni. 

Saat yang ditunggu 3 beradik ni

Aidil pun da berani masuk pool dewasa. Bagi die pakai jaket tu die oklah. 
1st day ni Aisy tak mandi pool sbb die tido. hahhaa

Malam hari suami ajak makan ikan bakar. kami keluar lewat juga dah pukul 9 mcmtu. Kawan Suami recommend kedai ikan bakar area Batu Burok ni juga. nampaknya seharianlah kite kat sini dari pagi tadi. hehehe. ade banyak restoran ikan bakar juga sepanjang pantai ni. kami pilih Tenang Seafood ni. 


Aisy baru bangun tido ni. ketat je mukanya. hahaha

Kami pilih ikan bakar sambal, sotong goreng tepung & somtam. Ikan sedap. sotong biasa aje. somtam sedap. oklah harga pun tak mahal sangat. Lepas makan kami terus balik hotel semua dah mengantuk. 


ok tamat hari kedua. next entry Umi update hari ketiga pulak ye.

Tata. 















No comments:

Post a Comment