29.6.11

Oh Rambutku.. mengapa kau pergi?

Assalammualaikum semua, Arini umi nak share pasal rambut. sejak akhir2 ni rambut Umi gugur. habis penuh lantai ngan rambut2.. kalo menyapu tu memang penuh ngan rambut jek..banyak lak tu.. rimas sangat rase..dah try tukar syampu tapi takleh jalan jugak.. Rambut tetap mau pergi.. Oh,tidakkkk....Setelah umi explore di Mr.Google Umi nak share topik ni..

Rambut Gugur selepas bersalin Apa yang perlu anda semua ketahui: * Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. * Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya. * Purata 100 helai rambut gugur setiap hari. *Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak. * Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat. * Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal. * 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya. * Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan. * Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu. * Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil. Untuk mengurangkannya: * Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus. * Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa. * Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya. * Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda. * Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah. * Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal. * Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja. * Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain. Sumber:dermatology.svhm.org.au dan Postpartum hair loss, babycenter.com

27.6.11

Kami ke i-city

Assalammualaikum semua,
ok, arini Umi nak story pasal aktiviti jalan2 kami. Kali ni kami ke i-city! Tercapai jugak hajat Umi nak g i-city ni sebelum balik kuching. Dah lame ckp kat hubby nak g i-city tapi asyik tak sempat je. Tgk kat Fb kawan2 cantik sangat lampu warne-warni ni..jeles je tgk gambar2 diorang..hehe. Umi pakai baju kurung lg ni, sebab siangnye kami menghadiri wedding kawan hubby kat bangi. Pastu trus gerak g umah akak Umi pulak sbb die mintak teman nak beli peti ais baru..hehe..Lepak2 kat umah akak umi dulu sbb penat & mandikan Nur Aira siap2.. lepas dah settle smua kami pun gerak 2 keta ke i-city. Fee ke i-city ni RM10 per car. kalo weekdays RM5. kami g weekend, ramai orang & kebetulan time ni cuti sekolah memang meriah lah..=)
Nilah pokok yg 1st kami jumpe.. anak buah Umi syazrin punye excited..hehe.. syarfa pulak ngan aksi buruk die. Nur Aira tdo time ni, kena la usung stroller. Em, yang xbestnye i-city ni x user friendly la sbb banyak tangga & xde laluan utk stroller @ wheelchair. Terpakselah ayah & abang ipar angkat stroller ni time naik tangga. huhu..
cantikkan tengok lampu terang2.. =)
kelihatan sungguh ramai orang..
Umi ngan akak umi. die kecik je orangnye. anak da 2 + 1 dlm perut. hehe. die pun excited nak g i-city ni. Umi kelihatan ayu je berbaju kurung di malam hari..ekekeke...
Nur Aira masih lg lena. kami pulak bz la berposing..;p
Goldman sedang beraksi menjadi patung..hehe
kat sini ade jual macam2 permainan yg berlampu & berkelip2. Syazrin & syarfa ape lg. Pau la ibu & ayah die nak macam2..hehe. tunjuk je nak yg mane..huhu
Ni ha hasil yg syarfa dapat cekak kelip2 & pedang Dora die. boleh tahan mahal barang2 mainan ni. Nur Aira kecik lg so die tak pandai nk mintak mainan..hehe.
Yeay Nur Aira da bangun. kami bergambar ngan patrick..ni kat snowworld..kami tak masuk pun just jln2 smbil ambik rase sejuk setelah peluh2 jln kat luar..hehe.
kami di apit oleh spongebob & patrick..hehe. kat depan ni ramai org tgh tggu turn nak amik gmbar..
Akak Umi with her family..=)
pastu kami teman anak2 buah naik tren pulak. ade byk games outdoor jugak kat sini.. kire oklah..
Nur Aira pinjam cekak kak syarfa..Tapi lampu kelip2 tak nampak lah..
Nur Aira with ayah pulak. Actually time ni dah kol 1 pagi tau.. huhu.. cian Nur Aira da ngantuk agaknye. Tapi ikutkan je Umi die ni..hehe. sowie eh sayang.. lepas ni kami pun berangkat pulang sbb dah penat.. Thank hubby bwak Umi g i-city.. Love U!

25.6.11

Cuti-Cuti ke Penang !

Assalammualaikum, Sekarang Nur Aira ngah lena tido. Umi pun takde wat ape. tetibe teringat nk update cite pasal holiday ke Penang aritu.. Plan asalnye Umi + Hubby dah beli tiket flight ke Langkawi 6/6-9/6. Tiket ni da beli dari tahun lepas lagi. Excited nak g langkawi. Tapi bile last2 minit xjadi pegi pulak. Puas fikir nak g ke tak. Hotel semua dah book tp blum bayar lagi la. Nak ke Tak nak..huhu. Last2 Tak Nak..So, Hubby tukar plan ajak g penang naik keta with Hubby Family.. Yahooo, kami ke Penang pada 8-10/6. Misi ke Penang untuk jalan-jalan cari makan & melawat saudara-mara..hehehe.
Jom kite Jalan-jalan. Kol 11 pagi gerak dr umah. Muke excited sbb nk makan-makan. Ni 1st time bawak My princess g holiday..
Yeay, yeay.. Nur Aira main lompat2 ngan ayah.. suke sangat die dapat jalan. Laksa Kuala kangsar! sangat sedap.. Wallaweh...rugi tak bungkus. Makan di bawah pokok disertai ngan cendul dan ABC. Utk penggemar laksa, rugi ooo kalo tak pnah makan laksa Kuale kangsar ni.. Memang berbaloi-baloi.. cukup rase... ** Umi bagi 5 star ni.. TERBAEEEKKKK
Nilah buktinye.. licin sudah.. Alhamdulillah. Misi kan nak jalan2 cari mkn.. Lepas mkn meneruskan perjalanan ke rumah saudara-mara. Arini kami bermalam di rumah saudara di taiping.
Malam hari kami ke Mee udang Mak Jah Kuala sepetang.. Ruginye sebab Umi xdapat makan. Sbb Umi mmg alah kat udang. Waaaa.. Menu kat sini semua udang. Nasi udang, mee udang, kuetiaw udang.. So, Umi hanya minum jek..
Haaa, nilah rupe mee udang special mak Jah. Udang die besar2,udang galah.. Memamg puas hatilah sebab harge semangkuk ni RM 11..Kalau mee udang biase die bagi udang harimau hargenye RM 7. Umi dapat rase kuah je sikit.. boleh tahan..memang tepi2 jln byk kedai mee udang tapi saudara kami bwk kedai Mak Jah ni. Nampak kedainye pun menarik.. ** umi bagi 3 star untuk Mee udang mak jah (sbb umi hanye mkn kuah je)
Hubby sedang tekun kopek kulit udang..hehe. Nampak berselera je die makan.. Selesai makan kami pulang ke rumah saudara kembali untuk meneruskan pejalanan ke Penang esok pagi..
Kami naik ferry.. 1st time naik ferry ni. Panjang jugak kenderaan yg beratur time nak naik ferry ni termasuk jgak motorsikal. Caj yg dikenakan RM 7 utk sebuah keta. kire oklah tu.. Nur Aira pun suke sangat sbb angin kuat..sejuk je.
Nur Aira with Ayah..=)
Destinasi pertama kami ialah Nasi Kandar Line Clear.. Kalau nak tau dekat sejam jugak kami cari kedai ni. Pakai PapaGo, GPS semua tapi asik sesat jek. pusing2 la kami dlam keta kat bandar penang ni.. Orang kate Line Clear ni Femes. tu yang nak cari jugak smpai jumpe. nasib jumpe..hahha.. Kedainye tersorok. Masuk2 ramai giler orang beratur.. dah la lapar.. Nasib ade brother tu suh duduk nnti die order..wah, untungnye bawak anak kecik ni. ade keistimewaan.. kami pilih kari kepala ikan, ayam madu, sotong, sayur, papadom.. lauk die mmg banyak smpai tak tau nk mkn ape.hehe..
** Umi bagi 4 star utk Line Clear.
destinasi kami seterusnye ke Pasar Chowrasta. kat sini memang banyak jual asam jeruk.. Pilih je nak yg mana. nampak memang terliur2. Siap boleh rase lagi..Umi beli yg campur2 sbb nak bg adik beradik senang. Yelah, dah g jln ni kenalah bwak buah tangan..
Kami posing dulu. time ni Nur Aira rilex lagi. pastu die o'ok la pulak. Bergegas la kami cari toilet..hehehe.
setelah puas shopping2 kami ke tepi pantai lak. Batu Feringgi & Teluk Bahang.. kami tak mandi pun. Umi pun tengok laut dari jauh je sbb ari ujan renyai2 sian plak Nur Aira nnti. Kakak ipar bwk anak die main2 air. Umi, ayah, abah & mak mertua menikmati air kelapa dan jagung bakar di kedai tepi pantai je..hehe
Next destination kami ke Padang Kota. mencari pasembur.. tengokla pasembur ni punyalah banyak..Time kami dtg ni hujan so, tempat duduk byk yg basah. kami terpaksa duduk 2 meja yg berlainan. bile dah duduk ramai pulak yg dtg order sbb ade mcm2 menu lain spt Char Kue Tiaw, rojak sotong, Mee udang dll. bile da ramai yg tanya kami pun terorder rojak sotong & sotong bakar. die kate pinggan kecik je. kat meja lg 1 pun die mcm pakse suh order. maka kami teroder rojak sotong 2 & sotong bakar 2. kemudian bile org sebelah da balik, kami dapat duduk semua 1meja. bile smpai2 je sotong ni. pinggan besar jugak sotong ni. sepinggan RM8. Amik kauuu... Mahal. mcm xpadan je ngn sotong tu. Tapi habis jugak la..hehehe.. Rugi ooo kalo xabiskan.. Pasembor die boleh tahan. Umi xdapat nak pilih sbb dukung Nur Aira. Akak & adik ipar yg pilih. Oklah, tapi mcm xbrape puas nak mkn sbb sikit..haha.. (Takut kn caj mahal) ** Utk pasembor umi bagi 4 star
Muke keletihan sbb dah petang. Nur Aira masih lg aktif. Suke sgt die dpt jalan2 ni.. Nilah destinasi terakhir kami. Mule2 ingat nak tdo Penang tapi tak jadi so kami bergerak balik ke Taiping malam tu.. Penatnye seharian jalan2 cari makan. perut kenyang, dalam keta tdo la.. Abang ipar yg drive..sian die, xtukar2 driver tapi die mmg kuat drive..hehe.
Sekian saje aktiviti kami di penang. Banyak lagi story nak cite pasni. Yelah, 6bulan Umi duk semenanjung ni, banyak tempat kami tuju.. sebelum balik ke rumah kami di Kuching..hehe..
Ok, TATA..=)

Survey-Survey-Survey ?

Assalammualaikum,
Selamat hari sabtu utk semua dan selamat bercuti utk mereka yang bekerja.. Tapi surirumah tak cuti arini, keje tak pernah habis..hehe. Pagi ni My hubby ade sukan. so, die pagi2 dah semangat siap bebaju biru nak g sukan. Semalam plan macam nak ikut tapi pagi tadi Umi bangun mcm takleh bukak mate je so tukar plan Umi ikut belah petang je. Petang ni abang ade lawan badminton. Wah, 1st time nak tengok My hubby main ni. Terror macam Dato' Lee Chong Wei tak..hehe..Pagi tadi mcm malas je nak bangun gara-gara malam tadi g tengok cite Anakonda sampai habis..sampai Umi mimpi kena kejar ular plak.. nasib dah kawin, kalo bujang mesti dah berangan ade orang nak masuk minang..hahaha..(perasannye ;p)
Wah, dah lari dari topik ni.. sebenarnye da lame Umi duk survey benda ni. time ngah peknen lagi. smpai Nur Aira dah lahir pun belum ade keputusan lagi.. Sian Nur Aira tdo kat toto je die..Nur Aira tido lasak, abis die pusing 1 toto tu..Comelkan? hehe.. Antara Playpen & Baby Cot mane yg lebih sesuai untuk my princess? Mule2 plan nak beli playpen, tapi bile fikir balik mcm nak baby cot pulak sbb sekarang Nur Aira dah 4 bulan berat pulak lebih kurang 5.5kg. Playpen level atas tu smpai berat dlm 12kg pastu kena pkai level bawah pulak. macam terlalu dalam je level bawah tu. huhu.. kalo baby cot leh pkai smpai umur lebih kurang 2 tahun ++. Pastu die ade pagar yang boleh adjust turun naik. Macam lebih senang nak manage. Pastu Umi rase baby cot ni leh pakai lame sbb material die kayu. Kalo Playpen material die kain. Mungkin cepat koyak kot..rasenye lah.. Setakat ni Umi berkenan ngan brand sweet cherry. Boleh beli online & free delivery for Klang valley. hehe.

Baby Cot sweet cherry, harge pun ok dari brand yg lain. Tapi tilam lain harga. Pagarnye boleh adjust. warne putih nampak sweet..hehe Ni pulak playpen yang Umi berkenan. Ade roda so senang nak alih2..Ade table n tempat letak pampers..Tapi level atas tu smpai berat 12kg je. pastu kena tido kat bawah pulak.
Em, kawan2 yang ade pengalaman dalam bab ni leh la kongsi2 ye. hehe.. Sharing is Caring =)..Ok, Selamat berhari minggu..

20.6.11

Nur Aira di usia 2bulan..(^ ^)

Assalammualaikum,
Hope semua pembace di luar sana sehat walafiat.. Arini Umi nak update plak gmbar2 Nur Aira di usia 2bulan.. Umi masih lg berpantang di Batu Pahat time ni.. Anek yg jage semuanye.. bestnye time ni, semua da disediakan.. hehe. Walaupun berpantang, tp umi mkn sedap2. tapi masih tak langgar pantang la. Umi masih lagi berbarut, bertungku, berurut, mandi air herba, pakai stoking, mkn jamu.. kn pantang benda ni semua sampai ari ke 44 tau.. Alhamdulillah, susu pun banyak.. Rezeki dari Allah utk puteri Umi + Ayah.. Thanks sayang sebab belikan Umi pum Medela Swing.. Sangat puas hati.. =)

Masa 9/3/2011 aritu ade check up di klinik desa ibu & anak koris. Umi g ngan anek sbb ayah da balik Kuching..Berat Nur Aira da naik 4.2kg, tinggi lak 50cm..Alhamdulillah sehat anak umi..Nur Aira kn enjit Hepatitis B, mule2 die tdo je, time kn enjit die nangis kejap pastu tdo balik..fuhhh, leganye umi.. Oh ye, nilah 1st time umi drive balik..hehehe.. dekat setahun xdrive tu sbb slalu My hubby yg bwk kalo nk g mane2. nasib la keta Auto. walaupun dekat sejengkal je berdebar jugak la nk tekan minyak..kekkeke. Mak umi siap pesan takyah bwk laju2 sgt.. Baiklah emak, deqya bwk slow je ni..hehe =)

Ok, nilah gambar2 My princess semasa 2 bulan.. Jom layan...

Nur Aira suke tdo je time ni, Umi pun dpt la join skali.. pakai plak bj "Sleepy Day" mmg tdo jelah die aritu...hehe
Tengoklah aksi Nur Aira tdo.. sape ckp baby girl lembut je? Nilah buktinye.. punyelah buas, Umi ade je kat sebelah tgk die tdo ni. nk tergelak pun ade..
Nur Aira wat muke comel..Hi Ayah!
ni rambut Nur Aira sebelum cukur.. lebat & dah terpacak..hehe
5/3 aritu Ayah balik utk tgk Umi n baby.. Ayah cukur skali rambut Nur Aira.. di bantu oleh anek & encik.. umi xbrani, tgk dr jauh je..ni dlm proses cukur..
Warhhhhhh... Nur Aira dah start mengamuk.. die marah sbb rambut pacak die kn potong..hehe
Selesai sudah cukur rambut Aira.. hehe. lainnye muke die.. lepas da botak ni Nur Aira masam je, susah nk tgk die senyum.. boikot agknye..hehe
Ha, ni time Nur Aira anta ayah kat epot.. cute tak baju Nur Aira? makcik yg belikan..hehehe. kat epot sejuk bole la pkai bj tebal ni.. topi lak pinjam abg syzrin punye.. mcm padan je bj n topi ni..
Nur Aira rindu kat ayah die... huhu
Walaupun da botak, tido tetap lena..hehe. Boooolatnye anak Umi ni..
Tido ditemani bear yg makcik belikan.. lena sungguh dengar music tu..
Nur aira tdo dlm buai pulak.. Thanks ayah belikan buai.. senang la keje umi..
Hi semua, Nur aira da start nk senyum2 balik.. cmnilah anak umi, murah dgn senyuman.. muahhh2
Nur aira : Dah la tu umi, asyik amik gmbar je.. rimas la saye.. hehe
Rambut Aira da start tumbuh.. comelkan?

15.6.11

Puteriku yang tersayang, Nur Aira zahirah...

Jom kite tgk gambar2 Nur Aira.. mesti ramai kat luar sane yang rindu nak peluk cium Nur Aira terutamanya Pak Andak & makcik Nur Aira yg jauh di seberang.. ;) Umi uploadkan gmbar Nur Aira dari lahir smpai Nur Aira sebulan dulu ok..
Nur Aira pada hari pertama.. sejuk mata memandang.. Aira masih di wad, rambut dah mula terpacak..hehe Aira duk wad 5 ari, arini dah boleh balik.. Yahoo....;)
Aira dah sampai umah Encik + Anek.. bukan main seronok die.. besar mulut die nganga.. comel kan?
Ni pulak aksi ganas..hehe.. mcm2 aksi aira wat tau.. gelihati pun ade.. sayang anak Umi + Ayah
Cantik berseri-seri...
mata sepet mcm amoi...
duk dlm bouncer, kurus lg time ni.. baru seminggu rasenye ni. Aira wat muke sedih pulak.. huhu
tgk pipi die, dah mule berisi.. Umi suke..