8.12.21

Bercuti ke Kuala Terengganu Oktober 2021 (Hari Pertama)

Assalamualaikum.

    Selamat petang. Harini Umi nak update mengenai percutian ke Kuala Terengganu pada 16-19 Oktober 2021. Sebenarnya Umi mengidam nak makan sotong goreng tepung Pok Nong dari start preggy tapi time tu PKP so tak dapatlah nak merentas ke sana. Rentas daerah pun tak lepas! Bile PM umum je boleh rentas negeri, terus Umi & husband book hotel sesiap. Takut lambat nanti orang dah ramai bercuti & hotel semua penuh. Penantian yg bertahun jugak ni sebab baby Aisy pun dah masuk 4 bulan. Dalam masa sama berdebar juga sebab 1st time bawa baby Aisy jalan jauh ni. Memang doa banyak2 & selalu ingatkan anak2 untuk jaga SOP. 

    Kami bertolak seawal pagi dalam pukul 7 pagi dari rumah untuk elakkan jem. Cuaca sepanjang kami di K.Terengganu Alhamdulillah sangat cantik. Bile da masuk highway LPT je lega sangat sebab tak jem. Perjalanan pun smooth aje kereta tak banyak. Kami berhenti sarapan di Warung Aziz Kuala Kemaman. Teringat-ingat keenakan sata ikan die. Antara sata ikan yg tersedap yang pernah Umi makan. Ade cili padi dalam sata ni. Kalau tergigit secara tak sengaja sangatlah sedap. hahaha. 

Sata Ikan, Akok panas, Pulut Udang & Laksam

Cuaca pagi yang cerah dan berkabus di LPT


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Setibanya di Kuala Terengganu lebih kurang pukul 2ptg kami singgah di gerai Roti Paung Panas. Ini pun antara yang Umi duk teringat-ingat. Tapau 2 roti paung biasa & 2 roti paung kacang merah untuk bekalan di hotel nanti. Kebetulan warungnya baru bukak & rotinya panas. Berebut-rebut semua makan dalam kereta. sedap sangat dan lembut rotinya. 

Roti Paung Panas Che' Wan nilah yang sedap tu. Umi beli dekat area Uitm K.Terengganu

Terus tapau 4 bungkus untuk kudapan kat Hotel :)

Panas-panas sedap makan.


Sebelum masuk Hotel, kami decide untuk cari Lunch dulu. Sebab nanti da sampai bilik susah & lambat nak keluar balik. Plan awalnya nak ke Restoran Lempeng di Rusila tapi tutup. kecewa semua tak dapat nak makan ketupat sotong. Sebenarnya dulu tahun 2018 kami sekeluarga pernah bercuti ke kuala terengganu. So tu yang mengidam makanan-makanan kat Terengganu tu. Umi dah listkan makanan-makanan yang kena cari sepanjang bercuti ni. Punyalah panjang listnya. hahaha. So back up plan kite g makan sotong goreng tepung area Airport di D'coconut Cafe. Warung ni berhampiran dengan Pantai Teluk Ketapang. Antara ICT yang femes juga ni. Tak perlu beratur  di sini dan makanannya banyak pilihan. 

Murah dan sangat berpatutan harganya

Kami amik sotong, udang, ikan kembung, ikan tuka & keropok lekor


Aisyah yang paling happy sebab die memang peminat seafood. Berebut-rebut makan sotong celup tepung dengan die tau

Muka happy :) 
Aisy memang baik sangat sepanjang kat Terengganu. Cukup susu die tido aje.


Paling sedap & unik. Ikan tuka / pari celup tepung

isi die lembut & fresh


Perut dah kenyang jomlah kite balik Hotel. Hari pertama kami menginap di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. 

View cantik menghadap Jambatan Angkat Terengganu. Time kami datang 2018 dulu belum ada lagi jambatan ni. Sampai bilik terus mandikan Aisy. Time mandi memang guna air panas suam lagi tapi terlupa aircond bilik sejuk. Lepas keluar toilet melalak kuat Aisy terkena aircond. kelam kabut semua orang nak tenangkan Aisy sebab die tak suke sejuk2 sangat. Alhamdulillah siap pakaikan baju, susukan dan bedung terus die tido lenaaaa. :) petang tu hanya berehat dan baring-baring di bilik saje.

View malam dari Bilik hotel kami. time ni dalam pukul 8mlm sebelum kami keluar cari makanan. Rupanya malam tu Jambatan ni diangkat. Terlepas kami nak tengok. sebab tak tau jadual die. Bukan setiap masa jambatan ni diangkat. ade mase-mase tertentu sahaja. 


Malam tu cari makan yang ringan-ringan sahaja sebab perut tak berapa lapar sangat. Jumpa kedai Kerang gergasi ni di area Batu Buruk. 

Tengok tu Aisy tido aje setiap masa. Die bagi peluang umi makan lah tu :)


Abang Aidil.

Lepas makan kami pun balik hotel semula sebab semua mengantuk dah. 

Ok, sambung lagi nanti.
















No comments:

Post a Comment