30.1.14

ENCIK

Assalammualaikum,
 
Encik? Encik mane? Encik lahh.. hihi. Sebenarnya Encik adalah panggilan cucu kepada datuknye. Encik ialah Gelaran Abah umi untuk Cucu-cucunye. Encik ni sebenarnye amik dari name gelaran Arwah Atuk Umi jugak. Diperturunkan untuk Abah Umi pulak. So kalo kat kampong dengar orang panggil Encik-Encik tu bukan orang lain pun. Abah Umi la tu. Tapi biasenya kami-kami je yang panggil name tu. Kawan-kawan atau orang Kampung panggil "Man". Selalu selain dari Atuk, ade yang panggil Aki, Tok Bah. Cousin Umi anak die panggil Atuknye Abah, sebab die tgk mak n ayah die panggil Abah. hihihi. Korang ade gelaran lain ke?
 
Encik sekarang da ade 5 cucu. Syazrin (9) , Syarfa (8) , Naufal (3),  Aira (3) n Aisyah (1). Dan InsyaAllah tahun ni akan bertambah lagi sbb kakak Umi pregnant anak ke 4. Encik memang sangat baik dan manjakan cucu-cucu die. rasenye semua atuk-atuk begitu kan. Ingat lagi kalo kat Kampung, time Encik start motor je, Kakak Aira dah berlari-lari nak ikut naik motor. Kalo pg pasar, pasti Kakak Aira ikut. Bile balik mesti ade jajan atau air kotak atau mainan Aira dapat. Rasenya Aira yang paling manje ngn Encik die. Mungkin sbb kami duk jauh, bile balik sekali skala tu rase Wangi je kan. Alhamdulillah.
 
Oh ye, gambar Aira jugak menjadi cover kat wall Hp Encik. bertuah sungguh kamu kakak. Mungkin time lahirkan kakak dulu Umi berpantang lama kat kampong. So kakak jadi rapat ngn Encik. Pernah aritu time nak balik KL. Umi tanye kakak nak balik kampong mane ni? Kampung Atuk ke Encik? Laju je kakak Jawab Kampung Encik lahhhhh... Jangan marah ye hubby ku. hahaha.
 
Umi doakan semoga Encik sentiasa sehat dan panjang umur. Dapat bermain-main dan melayan cucu-cucu. hihihi.
 




Encik dukung Naufal time kenduri kahwin Mak Teh


Encik melayan cucu-cucunye naik troli Mickey Mouse. Time ni kat Jusco. Umi tengah makan. Encik melayan cucu2 Nye melawat kawasan. 3orang sekali naik. hahaha.


Encik nak suapkan Kakak Aira Cendul.
 
 

Ok, tata.
 



29.1.14

Resepi : Lepat Pisang

Assalamualaikum,
 
Hai semua, kali ni Umi nak share resepi yang paling mudah sekali. Lepat Pisang. Kalo kat rumah ade pisang lebih tu sedap buat ni. Makan petang-petang.

Bahan- Bahan:
 
sesisir pisang makan
Secawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa putih
1/2 cawan gula
sedikit garam
Daun Pisang
 
Cara-cara:
 
1. Lenyekkan pisang. kemudian campurkan tepung gandum, kelapa putih, garam dan gula. Gaul gunakan senduk hingga adunan sebati.
 
2. Layurkan daun pisang atas api supaya mudah untuk melipat nnti.
 
 
3. Cedokkan sedikit adunan lepat ke atas daun pisang. Umi suke letak kelapa lebih. So, boleh tambah kelapa atas adunan tadi. kemudian lipat lepat tadi.
 
 
 3. begini la lebih kurang lipatan untuk lepat.


4. Kukus lepat dalam 30minit.
 
 
5. Tada.... da siap. boleh makan dah :)
 
 
Selamat mencuba
 
 
Tata.
 
 

 

27.1.14

Tantrum atau Anak Mengamuk

Assalamualaikum
 
Salam Isnin semua, Cepat betul hujung minggu berlalu kan? Tup-tup da Isnin. Monday blues... Umi yg surirumah ni pun malas-malas je hari Isnin. Nasib lah anak-anak belum start sekolah lagi. Lepas hubby g kerja, umi On kan mesin basuh dan sambung baring-baring layan AJL2013. Semalam ade adegan berebut tv dengan kakak. mestilah Kakak yang menang. huhu. Nasib ade Beyond so, kite rekod aje.
 
Hari ini Umi nak share pasal Tantrum atau anak mengamuk. Macam kakak Aira sekarang dah berumur 2 tahun 11 bulan. Die dah mula start mengamuk apabila kemahuan die tu tak dapat ditunaikan. Tak kira tempat, tapi selalunya di luar rumah la. Kat Mall memang wajib ade adengan mengamuk die tu. huhu. Sebagai Ibu, Umi selalu berdoa diberi kasabaran yang tinggi. Sebab Umi pun cepat marah orangnye. haha. Tapi Umi cepat lembut balik. cewahhhhh. Mungkin kakak ni ikut perangai Umi die. Kalau kat Mall tu tetibe mengamuk die datang, die baring golek-golek atas lantai, menjerit, menangis.  hubby la yang selalu handle. Umi tak boleh. Kang dengan Umi skali menjerit pekik pekik kat situ. bahaya. hilang terus sifat keayuan Umi nnti. hahhahaha.
 
Macam semalam, kami jalan-jalan pergi CityOne Kuching. Masuk dalam Popular. Kakak automatik berlari-lari amik bakul. macamkan nak shopping banyak sangat kan? Biarkan je die tarik bakul tu. Awal-awal die dah jumpe plastesin warne-warni skali ngn acuan. menarik jugak. Ok, ni boleh beli. Pastu Umi nak carikan kakak puzzle. Jumpelah Baby Puzzle. Umi amik 2 set. Masukkan dalam bakul Kakak. Hubby round2 cari barang die. Kakak biaselah berlari-lari. pastu die jumpe buku ape ntah. ade kartun Jack and Neverland pirate tu. Umi tgk mcm tak sesuai je. Tapi die dah masukkan dlm bakul die. hmmmmmmmm. So da abis round. nak bayar pulak. Umi cepat-cepat keluarkan buku Jack die tu. Sampai kat cashier die tau pulak buku die takde. huhuhuu. menjerit la die. Habis die campak je puzzle Umi tu. gulp. Adengan mengamuk pun berlaku. berGEGAR la cityone tu dengan suara nyaring kakak. HARU
 
 
Sebelum masuk dalam popular, kami ade pegi tempat permainan. Situ ade playhouse and games yg masuk token tu. Umi and hubby pun decide nak main games yg token tu je. sebab kalo masuk playhouse tu kena masuk temankan sekali dalam tu. lame pulak nnti. Hubby pun tukar token. So banyak jugak games kitorang main. puas hatilah. Naik marrygoround, naik bus, naik kapalselam, naik car, main bowling, main bolamasukmulutbuaya, main pukul2buaya. Adik Aisyah pun join skali. Sampailah habis token. 2 kali jugak hubby g tukar token. Dah nak keluar dari situ Kakak mengamuk lagi die nak masuk dalam Playhouse pulak. Aduhhhh. Hubby dah pujuk2 tapi tak jalan. Umi terpaksa masuk campur. Umi dukung kakak bawak masuk dlam metrojaya pulak. Meronta-ronta la kakak Aira ni. Tau jelah dalam Metrojaya ni macam sunyi skit. So, semua mata-mata memerhati gelagat kami. Ikutkan hati Dah Jom Balik. tapi kang rugi pulak. Ni jelah peluang nak jalan-jalan cuci mate. haha. Dalam Metrojaya ni ade meja n bangku untuk budak-budak main. So, kakak Nampak bahagian tu die diam n happy balik. LEGA.
 
Kalau dalam rumah pulak, Kakak akan mengamuk time die nak tengok kartun. hari-hari nak kartun. Sebelum tido pun nak kartun. menjerit-jerit. huhuhu. kalau siang memang umi jarang dapat layan tv.  Lagi satu Kakak sangat kedekut dengan adik die. Kalau die nampak adik Aisyah duduk atas kerusi die cepat-cepat die rampas. huhu. tergolek la adik tu.
 
Umi rase cabaran nak mendidik Kakak ni da makin mencabar sangat. huhu. kadang-kadang sampai menangis Umi. Umi nak buat yang terbaik untuk anak-anak. Umi percaya semua Ibu juga begitu. Tak dinafikan kadang-kadang Umi terlepas jugak tangan memukul kakak. Maafkan Umi. Umi tak sengaja. Yelah, kadang-kadang time kite bendera Jepun. emosi pun tak brape nak stabil. HOT je rase. hihihihi.
 
Ok, ni Umi nak share sedikit info yang Umi google. Hope dapat bantu ibu-ibu di luar sana. Anak-anak mengamuk tu sebenarnye adalah NORMAL. Cuma kite sebagai ibubapa perlu cari jalan atasi AMUKAN anak tu. semoga kite diberi tahap kesebaran yang tinggi untuk mendidik anak-anak kita   :)
 


CARA MENGATASI TANTRUM ANAK

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tida
k akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- Peluk anak anda.

2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.

3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.

4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang.

5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

KENALI APA ITU TANTRUM :

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut :

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.

2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.

3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.

4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.

5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).

6) Mudah marah dan mudah menangis.

7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun :
•Menangis
•Menggigit
•Memukul
•Menendang
•Menjerit
•Memekik-mekik
•Menghempaskan badan ke lantai
•Memukul-mukulkan tangannya
•Menahan nafas
•Menghentakkan kepala
•Melemparkan barang
•Menyangkung
•Memeluk tubuhnya
 

Usia 3-4 tahun
•Perilaku tersebut diatas
•Menghentakkan kaki
•Berteriak
•Meninju
•Membantingkan pintu
•Mengkritik
•Merengek
 
 
Usia 5 tahun keatas
•Perilaku-perilaku tersebut diatas
•Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
•Menyumpah
•Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
•Mengkritik diri sendiri
•Memecahkan barang dengan sengaja
•Mengancam
•Merungut
•Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
 
 
Inilah Kakak yang mengamuk itu
 

 

Kakak
Kakak kena faham kenapa Umi n Ayah tak tunaikan semua kemahuan kakak.
Kakak kena jadi contoh yang baik untuk adik-adik.
We love u so much!
 
 
 
Ok, Tata.

 
 
 

25.1.14

Aktiviti Mewarna

Assalamualaikum,
 
Hai semua. Selamat berhujung minggu. Hari ini kami hanya lepak-lepak di rumah. Sukan office hubby dah nak bermula. So, sebagai atlet yang cemerlang hubby giat berlatih sekarang ni. Sebagai isteri yang mithali kite haruslah bg sokongan ye tak. Isnin-badminton, selasa-futsal, Khamis-futsal, Jumaat-Badminton, Sabtu-Bola Padang. Hebat kan? Huhuhuhu. Umi pulak yg rase berpeluh2 kat umah mengalahkan atlet kat padang. hahhahaha.
 
So di kala hubby bz ni. Umi sebagai Ibu kena la kreatif kan. Tak kan nak biar anak tengok tv aje. boring pulak. So time g jalan-jalan Umi ade singgah bookshop. Beli peralatan mewarna. meriah. warne-warni umi punggah. haha. Nasib la hubby izinkan.
 
Tak ingat hari ape, lepas hubby da keluar g training. adik Aisyah da tido. Lapanglah sikit Umi, boleh berehat sambil melayan kakak. Umi pun keluarkan kertas lukisan n crayon. Takde idea pulak nak lukis ape ni. kebetulan mainan anak2 bersepah atas lantai. terus dapat idea lukis shape ikut mainan dorang ni. punggah-punggah dalam bakul jugak cari mainan ikan, kerang, ketam yang untuk korek-korek pasir kat pantai tu.
 
Jom kite mewarna... Happy sangat kakak bile dapat pegang crayon. mule2 die mcm kekok skit. bile kaler tu tak ikut garisan. main conteng aje. biaselah kan budak-budak. Umi hanye  lukiskan pastu bg kakak Aira kaler. semangat betul die. Bile da separuh jalan tu die cakap "Kakak penat lah umi kaler ni" hahahaha. tapi umi suruh jugak die kaler bg habis. cakap kat die " nnti ayah balik, kakak nak tunjuk kat ayah kan. kena siapkan. sikit je lagi" wahhhhhh semangat balik die. nak tunjuk kat ayah punye pasal, laju je sambung kaler.



 
Tekun betul die kaler
 
 
 
cepat kakak, nak siap dah ni.
 
 
 
Yeay, akhirnye siap jugak.
Umi rase bagus jugak hasil mewarna kakak ni.
ada bakat jugak ni.
Tahniah kakak. Buat kerja pastikan sampai habis ye.
 
 
Next kite kaler lain pulak ye. :)
 
 
ok, Tata
 
 
 

20.1.14

01012014

Assalamualaikum semua...
 
Hi. Selamat Tahun Baru 2014. Maaf agak terlewat juga Umi kali ni. Semoga tahun baru 2014 akan membawa lebih banyak kebaikan dari tahun sebelumnya. Hope impian Umi yang belum terlaksana tahun lepas dapat di teruskan tahun ini.
 
01012014. Tarikh yang sangat bermakna untuk Umi sekeluarga. Puteri ke 2 kami, Nur Aisyah Zahra Binti Mohd Azahari sudah setahun. Alhamdulillah. Cepat sangat rasanye masa berlalu. Bertuah adik sbb setiap tahun cuti umum time besday adik. hihihi. Umi doakan yang baik-baik untuk adik Aisyah. Semoga adik menjadi insan yang solehah. Umi baru terperasan dlm blog ni Umi kurang story pasal adik kan. Maaf ye adik, umi bz skit. Nak on lappy pun kena tunggu keadaan tenang, kerja umah semua da selesai baru boleh bersenang lenang depan lappy. Kalo tidak, selagi blum siap kerja-kerja umah Umi tak senang duduk. hahaha. Ayat bukan main kan. Nampak mcm rajin sangat pulak nak kemas umah je. hahaha.
 
 
Perkembangan adik di usia 1tahun 20hari, adik baru start berjalan semalam. Alhamdulillah, walaupun lambat skit berbanding kakak Aira tapi kami semua happy sangat. bertatih-tatih adik semalam. Semalamkan Ahad, kami beriadah dalam rumah aje. So, Ayah dan kakak pun same-same memberi sokongan untuk adik Aisyah. bermula 3,4 langkah dan akhirnya dah berlangkah-langkah adik berjalan. Syabas sayang. sampai ke malam die berjalan. walaupun jatuh2 jugak tapi adik berusaha.
 
 
Bab makan, adik memang kuat makan same mcm Umi jugak. hahaha. Adik suke bubur. So, mmg umi buatkan die bubur. kadang kakak pun boleh join makan skali. sebagai ibu, kite rase happy sgt setiap kali suapkan makanan anak2 makan smpai habis. Alhamdulillah. Umi selalu masak bubur untuk 3 hari skali. dah siap masak pack dlm bekas kecik2. so tiap kali nak makan cume panaskan aje. senangkan.
 
 
Gigi adik dah 6 batang. 4 atas,2 bawah. suke sangat mengigit. mencabar betul. huhu. Anak ke 2 ni memang berdikari aje. Selalu sangat mengalah. Kalau kakak buat die, die mengalah aje. terharu umi tengok. tapi sangat manje ok. kejap2 kang die baring atas umi. kejap kang die chak-chak ngn Umi. comel sangat rase. Kalo Umi g memane mesti nak ikut. Nak masak pun die nak ikut jugak.
 
 
Oklah Jom layan pics adik Aisyah :)


Birthday Girl :)
 

 
Besday Adik Aisyah same ngn Atok Ampang 01012014
 
 
 
 
 
 
 
Adik memang suke sengih kan? hihihihi
 
 
 
Adik Aisyah memang suke sangat stering kereta :)
 
 
 
Adik with Ayah :)
 
 
 
 
Happy 1st Birthday Nur Aisyah Zahra Binti Mohd Azahari
we love u soo much!
 
 
 
 
Ok, TATA