23.4.14

Potty Training @ Latihan ke Tandas

Assalammualaikum
 
Salam Rabu semua. Hari ni hari ke 15 Umi start Potty Train kakak Aira. Hampir 2 minggu jugak lah kan. Sebelum ni mase bulan 2 dulu time Kakak dah genap 3tahun Umi da start tapi bertahan sehari jek. Time tu jadual tido die berterabur. Malam tdo kol 3 pagi. Siang bantai tido. So tak dapat la nak train die. Umi target sebelum balik Kampung 29/4 ni Kakak da boleh kencing & yak ke tandas dengan sendiri. Chaiyok Chaiyok kakak.. (*__*)
 
Setakat hari ni dah banyak kemajuan. Umi pun da boleh rilex skit dan dah tak berapa stress. hihi. Hari 1st aritu Ya Ampunnnn siap mengamuk-ngamuk umi (sikit lagi nak jadi singa) haha. Siap standby rotan kat tepi ok. Umi pun tak pasti kenapelah Umi boleh mengamuk smpai cmtu skali. Mungkin sebab penat agknye asik nak mop lantai aje. Umi start dari pagi lepas mandi tu no more pampers. sarung seluar n baju je. Sampai ke petang, 6kali TERBABAS  dan 1 je yang BERJAYA. mane tak macam singa. 6kali mop umah. pengsan    T_____T
 
Umi nak share tips dan pengalaman Umi, nanti nak potty train adik Aisyah leh refer sini balik ,manelah tau dah lupe kan.
  • Persediaan mental dan fizikal sangat-sangat diperlukan dalam Latihan ini ye.
 
  • Kalo rumah ade karpet ke sila lah gulung siap-siap. Biarkan lantai kosong dan lapang je. Senang nak bersihkan bile terbabas nanti.
 
  • Tetapkan matlamat, setkan target berapa lame tempoh untuk train anak. Macam Umi setkan sebulan.
 
  • Sekarang banyak jual tandas untuk kanak-kanak tu kan. Ade yang jenis besin duduk, jenis yang pasang kat toilet bowl siap tangga tu. So boleh la beli yang mane sesuai. Terangkan fungsi dan cara guna benda alah tu so senang la die nak pakai. Ajar sekali cara bukak paip, cuci, tutup paip, lap dan pakai seluar balik.
 
  • Mulakan latihan dengan tempoh 3jam, 6jam dan seterusnye.
 
  • Pastikan setiap 15-30minit bawak anak ke tandas. Untuk biasakan die membuang. Macam kakak jenis banyak minum so lebih kerap la umi tanya dan bawak ke toilet.
 
  • Pakaikan seluar yang mudah tanggal. senang skit sebab kadang die dah tak sempat-sempat terbabas dalam seluar pulak.
 
  • Pujilah anak bile die dah Berjaya tu. Confirm die gembira. Hadiahkan dengan gula-gule ke. belikan panties kartun yang comel-comel ke. mesti die lagi suke.
 
  • Latihan ni kena berterusan ye. Tak boleh ponteng. Tapi Umi ade jugak skip bile weekend umi pakaikan pampers sbb tak konfiden je ngn kakak ni. haha. Buatnye die terbabas kat tengah shopping mall tu kan haru.
 
Umi start lambat jugak. Kakak da 3tahun baru nak ajar. Kalo ajar awal boleh jimat skit duit pampers. hihi. Adik Aisyah nanti Umi nak try ajar awal. sebab die pun macam dah faham je tengok kakak masuk bilik air die jadi peneman setia. haha.
 
Oklah nanti kalo ade yang tertinggal Umi update lagi. Kalo ade tips or pengalaman mommies kat luar sane macam mane potty training anak-anak boleh share kat sini ye. TQ.
 
 
 TATA
 
 
 
 
 
 
 
 

21.4.14

Zoo Negara

Assalammualaikum
 
Hai. Salam Isnin. Seperti biasa tuan belog bz sangat. menjaga anak2. haha. Alasan yg same. Ade je umi online singgah bace blog yg di gemari. tapi nak update blog sendiri tu lemah semacam aje. memikirkan gambar belum edit. nak cite kat blog mesti ade gambo cantik. barulah best kan? haha.
 
Cite pasal zoo Negara ni pun dah lame peram. Tak salah Umi awal tahun bulan 1 aritu. kitorang adik beradik plan nak g zoo. Dah lame sangat tak g zoo. Ingat lagi time kecik2 dulu time rumah kat Segambut. Mak bawak kitorang 6 beradik naik bas g zoo. Best giler. Dari segambut naik bas mini no 37 pastu turun kat chowkit naik bas panjang pulak turun kat hulu kelang. Umi darjah 5 rasenye time tu. budak2 baru nak meningkat remaja, siap pakai baju overall jeans tu. same ngn kakak Umi. fesyen terkini la mase tu terikut2 kumpulan feminin. haha. poyo betul kalo ingat balik. Time tu Abah tak join. Abah ade kerja rasenya. Dari umah mak dah masak siap2. bawak bekal nasi bungkus. Bungkus pkai plastic aje. pas makan terus buang tak yah nak berat2 bawak balik. kreatif btul idea mak umi ni. Anak ramai kan. kalo nak beli makanan kat situ da berapa pulak. Seronok sangat umi rase. tapi sayang zaman tu kitorang takde camera. so takdelah gambar kenangan. hanya memori dalam kepala je yang ade. Sayang mak :)
 
Oklah kembali kepada zaman sekarang. Tiket masuk zoo adalah RM30 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Diingatkan supaya bawak ic ye kalo takde ic rate lagi mahal. Kitorang pegi awal sebab nak kejarkan show pukul 11 pagi tu. kalo datang lambat kena tunggu next show pukul 3petang. Show ni free. kalo datang awal boleh duduk depan. Oklah jom layan gambar..


Kakak Aira yang paling excited. budak-budak kan suke tengok binatang. kat zoo ni macam-macam haiwan ade. Umi harap kakak dapat ingat kenangan kite pg zoo ni ye. nanti kakak boleh cite dalam blog kakak pulak. hihi
 
 
Anek pun same tekun je tengok persembahan tu.
 
 
Kitorang duduk depan. Tak perasan langsung atas kepala ade besi palang ni. Sekali tetibe je binatang berbulu hitam ni jalan atas palang tu. keras je umi kat situ. sambil doa jangan la die jatuh atas kepala. serammmmm okey.
lupe name die ape. tapi comel giler. ade ekor yang panjang. Die jalan je atas palang besi tu smpai kat tengah pastu die turun bergayut pakai ekor. Dapat la habuan makanan dari penjaga tu. Umi dah standby nak lari arah mane time ni. kot2 die jatuh ke umi larik dulu. wakakakakaka. Ade burung bangau jugak. diorang catwalk depan tu. tapi yang sekor ni boleh pulak terlepas sebelah umi. terkejut kitew. mak budak yg over takut. Anak2 rilex je happy nak g tangkap burung bangau tu. *uruturutdada*
 


 
Ade Bard the sealion. seronok tgk bard buat show. kuat makan si Bard ni. tak silap sehari die makan ikan hamper 8-10kg. sbb tu harge tiket pun makin mahal. Tapi berbaloi la. show ni dalam 30minit.


Lepas tu berjalan la kitorang dalam zoo ni. melawat haiwan-haiwan yang ade. Yang paling di cari oleh kakak Aira ialah elephant & giraffe. kebetulan time ni ade sessi bg cik gajah ni makan. cik siti tak silap name gajah ni.  sepotong buah betik rm1. beranikan diri nak bagi cik siti makan. padahal jauh tu kan. siap ade longkang besar lg. perasaan umi sangat lah berdebar-debar. memang penakut jugak umi ni rupenye. haha. terbayang-bayang je kalo gajah ni melompat ke depan. kena suap betik tu betul2 kat corong belalai die tu ha. nnti cepat je die tangkap betik tu suap kat mulut die. gigil-gigil tangan umi time ni.  
 
 
 
harimau dah ade banyakkkk. suke sangat. gemuk-gemuk pulak tu pak belang ni. mesti meybeng bagi cukup makan. time kasih meybeng. dari jauh dah dengar suare die mengaum. time kitorang pegi ni ade ramai sukarelawan. rasenye student2 kolej. Nampak diorang bagi haiwan-haiwan ni makan. Bagus jugak ada program sukarelawan macam ni. 
 
 

 
Oh ye, kitorang bawak bekal roti sandwich dari rumah. Kat zoo ni makanan luar dibenarkan. Dapat lah alas perut sekejap kat dalam zoo ni. kalo yang ade anak kecik tu bwk la kipas sebab panas skit la dalam ni. Tapi umi puji sbb banyak kerusi disediakan untuk berehat. kitorang berkelah depan kandang harimau sambil makan bekalan roti yang anek siapkan. sampai 3 jenis sandwich anek buat. time kasih anek :)
 


 
time ni adik Aisyah baru nak pandai jalan. terkedek-kedek la die berjalan. hihi. kejap-kejap nak lepas.

 
banyak kali jugak kitorang berhenti rehat. Kedai-kedai jual mkanan ringan pun banyak. cuaca agak panas. so haus jelah memanjang.
makanan dalam ni pun sedia maklumlah. mahal skit. Tak silap aiskrim tu rm2.50. kalo kat luar rm1 jek. kedai souvenir pun banyak. ade macam-macam. sediakan duitnye aje. hihi
 
 
Amboiiiii menguap. haha
Sian kakak letih ye. Tapi seronok kan ?
 
 
 
Oklah nak balik dah. Umi target lawatan kali ni kakak dapat kenal binatang. Alhamdulillah kakak memang bijak. die da ingat gajah itu besar dan ade belalai. Giraffe itu tinggi. Turtle makan carrot. Die dah kenal penguin, sealion, tiger, lion dan banyak lagi.
 

 
yeayyy tercapai impian nak bawak anak-anak g zoo.
 
Next kite g Aquaria pulak nak :)
 
Hari ni besday adik Umi.
Happy Besday Pak Uda.
Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, diberkati dunia dan akhirat.
Bile nak kahwin?
hihihii
 
Kat kampong nnti kite celebrate ye :)
 
 
Ok, Tata.
 
 
 

11.3.14

Pray for MH370

 
 

-pic google-
 
Sama-sama kita Doakan semoga pesawat MH370 yang hilang ditemui.
 
 
 
 
 
 

5.3.14

WW

 
Assalammualaikum
 
 
 
WW1
 
 
 
 






Jom mandi :)
 


4.3.14

Resepi : Cinnamon Roll with choc chips & Almonds

Assalammualaikum,
 
Hi..sejak akhir-akhir ni Umi rajin sangat mem"BAKING". dah try macam-macam resepi yg best. Ditambah pulak ade 2 orang assistant yang cekap dan tangkas. Seronok pulak duk dapur kecik tu berhimpit-himpit, riuh rendah dibuatnye. Sampai Assistant hari-hari duk tanye harini nak buat kek ape Umi? hihihi.
 
Harini Umi nak share Resepi Cinnamon Roll. Sedap. (ceh angkut bakul sendiri) hihi. Bau serbuk kayu manis tu sangat harummmmm bile dibakar. Sure jiran-jiran korang menitik ailio. haha. Anak-anak n hubby pun suke sgt. Dah 3x ulang buat resepi ni. Jangan lupe try ye. simple dan mudah aje.

Bahan-bahan utk Roti :
300gm Tepung Roti
50gm Butter
1 biji Telur
50gm Gula Halus
100ml fresh milk/ Air masak (suhu bilik)
8gm Yis Mauripan
1 s/k Garam
 
Untuk Filling :
3 s/b cinnamon Powder
60gm Gula Perang
20gm Butter
 
Untuk Tambahan :
Choc chips
Almond Cincang


Cara-cara :
 
1. Untuk buat doh. Gaulkan Butter dan garam dengan tepung sehingga jadi seperti serbuk roti.
 
2. Dalam bekas lain, Campurkan Susu segar / Air masak suam, gula halus, yis dan telur. Kacau hingga semua bahan sebati.
 
3. Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung dan uli hingga doh tidak melekat di tangan.
 
4. Wrap / Balutkan doh dengan kain lembap. biarkan dalam 30minit. Bila da naik, bulatkan dan buang angin dan rehatkan dlm 10minit lagi.
 
5. Sambil tunggu adunan naik, satukan semua bahan filling td hingga sebati.
 
6. Bahagikan adunan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan canaikan dalam bentuk melebar camni. Pastu sapukan filling. Boleh tabor choc chips kalau suke.
     
 
 
    7. Kemudian gulung perlahan-lahan. Potong kepada 6-7 bahagian kecil.
 
     
     
     

    8. Lapikkan roti dengan muffin cup. Boleh taburkan choc chips or badam cincang or kismis. Ikut suke. Tabur banyak lg sedap. hihi. Biarkan roti naik 1.5 ganda.
     

    9. Ulang step same untuk adunan doh yang tinggal.

    10. Bakar pada suhu 170-180 C (depend pd oven) selama 15 minit.


    Hasilnya :)
    Boleh dapat dalam 12-14 ketul
    

     
     
     

    bersama Assistant yang setia membantu. 
     

    Selamat Mencuba.
     
     
     
    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *
     
     
    Lama tak story pasal anak dara 2 orang ni.
    Time baik, elok je main same-same.
    time gaduh, pening kepala Umi nak melayan.
    dua-dua nak menang.
    Anak hai anak.
    2 2 Umi sayang :)
    



     
     

TATA
 






Apa kaitan Tangan Sejuk dengan Tanaman Subur?

Assalamualaikum,

Tadi Umi godek-godek hard disc sekali terjumpe pulak gambar-gambar lame dalam tu. Banyak gambar yang belum Umi kongsikan cerita dalam blog ni. Dalam banyak-banyak gambar tu Umi tertarik dengan gambar Hasil Tanaman Mak & Abah Umi di kampong. Memang Umi sengaja snap gambar-gambar ni time balik kampong dulu. Seronok tengok buah-buahan dan pokok-pokok hidup subur.

Orang dulu-dulu selalu cakap kalau hasil tanaman yang kite tanam tu hidup subur maksudnye Tangan Sejuk. Ape kaitan kan? Kalau Tangan Panas cmne pulak? Umi pun tak pasti Umi ni kategori mane. Tapikan last week Umi ade tanam Daun Bawang dan sekarang dah mekar. Maksudnye Umi ni kategori Tangan Sejuk la kan? hihihi.

Jom tengok hasil tanaman mak & abah di kampong
 
 buah ciku montel-montel. manis.

 

 
tebu.
 
 
Nenas Madu Sarawak. Ni bukan Umi bwk dari Sarawak. Abah beli benih pastu tanam. Memang manis. Besar-besar buahnye.
 
 
Pucuk Ubi
 
 
Limau kasturi. memang berbuah sepanjang masa. senang nak wat air limau atau wat sambal belacan.
 

 
 
Durian Belanda. Time Umi balik kampong, mesti ade je buahnya. Pastu mmg ngam-ngam nak masak. Dah banyak kali umi dapat makan. masam-masam manis gitu. daun die elok buat ubat.
 
 
 
Pokok Daun Kari. Dah besar pokok ni. Senang, nak masak kari petik aje kat belakang umah. harummmm aje.
 
 
Rambutan budak sekolah. hihihi

 
 
Bunga Kantan. Kitorang semua memang hantu laksa. Eh boleh ke panggil hantu laksa? So emak tanamkan bunga kantan ni. Senang. kadang banyak sangat berbunga. cantik je kan. pink2 gitu.
 
 
Daun kesom. Pasangan serasi bunga kantan utk buat laksa. hihi. Lagipun kat kampong ari-ari masak asam pedas. memang pkai daun kesom ni.
 
 
Daun Sireh. Bulat-bulat comel kan daun die. Time pantang aritu banyak guna daun ni. time nak Tuam perut. Panaskan batu sungai atas dapur, balutkan dengan daun sireh ni. pastu baru balut ngn kain tebal. harum bau die.
 
 
Ni pokok Durian belakang Umah
 
 
Kedondong. berjuntai-juntai. Ni pun berbuah sepanjang masa. Dah ramai dapat merasa. kalo tetamu datang memang selalu org mintak. Sampai kitorang pun dah tak heran. kalo rajin buat jeruk. kadang-kadang buat jus kedondong + asam boi. makan camtu pun best.
 
 
Sebenarnya banyak lagi. tapi tak amik gmbar. ade pokok betik yang paling geram. rajin berbuah. betul2 depan umah tepi jalan. Aritu ade makcik ni selalu amik anak die balik sekolah, lalu depan umah. kot2 die tengok geram je betik ni. die mintak la sebijik.
Mak umi pun bagilah. suka betul makcik tu. kadang ade budak sekolah pun mintak. memang dah biase. sebab dari tak makan kan. sayang aje.
 
tulah bestkan kalo umah ade Tanah. kalo kat Bandar susah skit la. kadang ade Tanah pun ruang kecik. macam umah sewa umi ni, kat depan umah umi ada tanam daun pandan, daun kunyit n serai. kat dapur umi tanam daun bawang dlm pasu kecik. letak kat tepi singki. boleh lah kan. sbb nak guna sikit aje. jimat tak payah beli.
 
 
 
 
 
Ok, Tata.
 
 
 

 

 

 

 

 


7.2.14

Sembang Jumaat

Assalammualaikum,
 
Harini kite sembang-sembang ajelah. Anak2 tido boleh la rilex ngadap blog. hihi. Pagi-pagi Umi dah siap masak. Menu arini nasi impit with rendang Ayam. Untuk anak2 Umi buatkan bubur manis. Masak bubur+Santan+Gula sikit. Selera dua-dua makan. Kakak siap nak tambah kicap. Die memang antu kicap. semua nak letak kicap. hai la anak. Ni dah kenyang, sedap la tido. Ade can la Umi nak berceloteh sekejap.
 
Minggu ni hubby dah start training. Bulan 3 nnti dah start sukan Opis die. So, sekarang ni boleh dikatakan HARI-HARI die training. sehari dua kali. Petang dan Malam. Atlet memang la camni. Tahun ni name die naik untuk 4 jenis sukan. hebatkan? Anak-Anak, kite duk umah ajelah ye. Kite main perang-perang. haha.
 
Baru-baru ni kawan Matriks & UUM umi datang Kuching. Die ade keje. Kebetulan da ada sini, Umi ajak die keluar makan. Die pregnant. Tahniah! Anak ke dua dah. Teringin nak makan mee kolok katenya. So, kami bawak die ke Kubah Ria. Situ ade banyak choice. Meriah la jugak. Lama tak jumpe die. Selalu chat kat fb jek. Kali ni jumpe die masih same. perangai gile-gile. Umi kagum dengan die, sepanjang Umi kenal die, die memang rajin n tekun belajar. Rezeki kerja die pun cerah. Dah ade pangkat tinggi dah rupenye. diam-diam aje. Die buat Audit. Rupenye da banyak Negara die pegi. Jelesnye Umi. Bukan Asia je nun Negara omputih pun dah banyak die audit. Dulu penah tgk kat fb die pg German. Best sgt tgk gambo-gambo die. Dalam Malaysia pun dah berulang-ulang die audit. Syokknyeeeeee..
Umi pulak segan sebab Umi kan Surirumah aje. huhu. TAPI Die pulak duk Kagum dengan Umi. haha. Apekah? Die kate kagum tengok Umi jadi surirumah, layan anak2, Masak, Kemas Umah. Die kate die tak boleh. Anak die sampai sekarang tak cari die. Cari Daddy die aje. Sampai dah tak hirau bile die takde. huhu. Terkejut jugak Umi. tapi itulah kan. Kadang kite tengok orang tu macam best je. Tapi orang tu pulak sebaliknye. Die pulak yang jeles tengok kite yang takde ape-ape ni. Duk umah jaga anak ni...  Syukur dengan rezeki yang ada.
 
Kelmarin kakak Aira tido pukul 5 pagi. huhu. Sian hubby die yg kena melayan kakak. Umi da pengsan dah. Tak larat sangat. Umi terjaga jugak dengar kakak menjerit cakap " Kakak nak tengok kartun" Umi ingatkan baru kol1 pagi. Rupenye 5 pagi. huhu. Nak bangun tak larat, ngantuk. Tumpang dengar ajelah. haha. Minggu ni jadual tido kakak macam berterabur. Tapi siang sekarang die dah tido lame nak qada' balik tak tido malam die tu. Die ngantuk tapi mata tetap nak tengok kartun. kalo tutup tv mengamuk la die. hmmmmmm. Hubby pelembut sikit orangnye. susah nak marah anak. Kalau Umi? Paham-paham ajelah. Umi sekarang cube nak hadkan waktu die tgk kartun tu. kadang Umi alih channel 550. Animal Planet. Berkesan jugak. Lagi-lagi kalo ade monster fish, Lion ke, Elephant ke, binatang yg besar-besar memang die ralit tengok. Kalo pasal serangge ke, yg kecik2 ni die tak layan. susah jugak.
 
Umi tak cakap la tgk kartun ni negative. Umi tgk ade jugak positifnye. Kalo tgk hi5, cukup die minat. Kalo hi5 menari, die pun ikut same. Bagus la tu. Takdelah die diam duduk aje tgk tv. boring. Hari tu Adik Aisyah terjatuh. Pastu tetibe kakak Cakap. "Oh no. Are you Ok?" Tergamam Umi. haha. Terror jugak kakak speaking ni. Mesti pengaruh kartun die ni. Mickey mouse clubhouse tu pun bagus. Kakak dah kenal Warne. Umi rase dari kartun mickey tu la. Umi yg duk ajar die ABC hari-hari pun die belum boleh ikut lagi.
 
Oh ye, start Kakak dah 3 tahun aritu Umi dah set nak potty training die. Dapat la separuh hari aritu. Dari lepas mandi kol 10 pg sampai time nak mandi petang. Dari 4kali kencing, 3 yang terbabas. 1 je die kencing dlm toilet. Oklah tu kan. Kena kuat n banyak bersabar. Umi asyik tanye je kakak nak kencing ke?. tiap 20 minit cmtu umi bawak die g toilet. tapi tak kencing pulak. Yang terbabas tu time Umi kat dapur la nak basuh pinggan & masak. Esoknye tu kakak bantai tido siang so tak dapat la nak potty training die. Takpelah slow-slow.
 
Selasa depan Umi ade intebiu. huhu. Seramnye. dah dekat 5 tahun kot pegang jawatan Surirumah. tetibe nak kerja pulak kan.. Haritu ade iklan jwatan kosong ni. Sebelum-sebelum ni pun Umi ade apply tapi name tak pernah naik. So kali ni try jelah cube nasib. Sekali name termasuk list intebiu. Terkejut jugak. Syukur. Masih ade peluang. Hope Umi dapat buat yang terbaik. Doakan ye kawan-kawan. :)
 
Oklah panjang dah ni. hihi. Next time kite sembang-sembang lagi. (Bajet macam ramai je yang nak bace)
 
 
 
 

Weekend lepas g jogging. Rase pipi da penuh. haha. Bawak Anak-anak beriadah. Bg ikan makan. Dah setahun lebih tak datang sini.
 
 
 
 
Ok, TATA.
 
 




4.2.14

Happy 3rd Birthday Anakku Nur Aira Zahirah 04022014

Assalammualaikum
 
Happy Birthday Baby besar Umi. Happy sangat Umi arini. Kakak dah genap 3 tahun. Hubby siap nak apply cuti special utk anak manje die. Tapi Umi cakap takyah la sbb next week nak cuti lagi. Kite celebrate malam ajelah. hihi. Minggu ni mood baking takde. So kite makan cake kat luar ajelah ye Kakak.
 
Rase macam banyak kali da makan cake bulan lepas. besday anak-anak dekat-dekat tarikhnye. nnti dah besar boleh celebrate sekali. haha. Tahun ni takde sambutan besar-besaran ye Kakak. Sebab Umi penat & tak larat nak masak banyak-banyak. Nak kemas rumah pun malas. Kite potong cake kite-kite aje ye. Nanti balik KL baru celebrate dengan Encik. Sebab Besday Encik pun bulan February jugak. meriah sikit ade ramai orang.
 
Kakak sekarang da pandai bawak diri. Kalo die tengok Umi bz semacam aje die buatlah hal die. Main ke, tgk tv ke, Memunggah ke. Manje sesangat dengan Ayah. Sampai tahap mengada-ngada. huhu. Kalo Ayah ada, dah taknak Umi mandikan. Nak Ayah je. Pakai baju Ayah, Yak pun nak Ayah. semua Ayah la. Sedih Umi camni tau. Tapi Kalo Ayah work cari Umi jugak. Pandai kamu ye. Anak girl mmg rapat dengan Ayahkan? Adik Aisyah pun da menunjukkkan sifat-sifat nak manje2 ngan ayah. Mungkin sebab Ayah pun penyayang orangnye. haha. *matilahpujisuamisendiri*
 
Umi perasan kakak dah makin kurus. dah tak debab-debab macam dulu lagi. Mungkin die dah makin tinggi so Nampak kurus pulak. tapi comel tetap ada. selalu je buat umi menjerit terpekik-pekik kat rumah. Menyepahkan rumah mmg handal. Tapi kadang rajin kemas balik. kadang die biarkan aje umi kutip balik semua ^___^ Ade anak kecik rumah memang sentiasa bersepah. kite kemas sini, die sepah sane pulak. sabar ajelah. Bijak berkata-kata. kakak selalu tau kalo die buat Umi marah tu die akan cakap balik "Sayang Umi" sambil peluk Umi. Aduhhhhh, cair sungguh rase. Memang tak jadi nak marah walaupun dah kembangkempis hidung ni.
 
Kakak dah mula Ingat ape yg kitorang cakap atau Janjikan. Contoh kakak bergaduh berebut mainan dengan adik die. Umi atau hubby selalu cakap suruh kakak mengalah. sebab Kakak dah besar. bg Adik mainan tu. Nanti Umi bawak kakak pegi taman ye. Kite main slide. ha camtulah lebih kurang dialog nak memujuk tu kena la umpan ape-ape. Pastu bile kitorang kuar umah g mane-mane Kakak dah remind kitorang dalam keta. Nanti Kakak nak pg taman tau. Haaaaaaa. Nampak tak? die ingat ok ape yg Umi janjikan tu. Aritu hubby ckp kat die nanti Ayah belikan Basikal ye. 2,3 ari lepas tu time kitorang keluar die tanye. Ayah, kakak nak basikal. Rase bersalah pulak kalo tak tunaikan. So dapatlah hadiah besday in advance. hihi. Happy betul kakak.  Baru perasan dah besar Anak Umi ni... Mulai sekarang cakap  kena berhati-hati. Tak boleh janji yang bukan-bukan.
 
Kakak ni boleh tahan penakut jugak. Kalo pegi Mall kekadang ade mascot or badut or patung yg besar. Umi yg seronok nak dukung kakak g dekat2 mascot tu nak amik gambar. Kakak lari ok. Nyorok-nyorok die. Sambil cakap "Kakak Takuitttt" pelattttt. haha. Takut die tengok benda alah tu. Umi pulak suke sakat die. Umi lagi suh die pg dekat2 situ. haha
 
Kalau kat rumah mesti ade adengan berebut remote. hohoho. Umi nak tgk drama, Ayah nak tgk bola. kakak nak tgk kartun. Mestilah kakak yg menang. Sabar ajelah. Kakak ni kekadang angin tak baik die kedekut ngn adik die. Kalo Umi kat dapur ke, die berebut mainan dengan adik Aisyah, die tolak je adik die. berdentum la jatuh adik tu. huhu. macam mane ye nak atasi perangai kedekut ni? Dah banyak kali jugak Umi nasihat kakak. kadang mainan ke mmg beli 2 set supaya tak berebut. Tapi last2 semua kakak punye. huhuhu.
 
Oklah Jom layan pic Baby besar ni

Sekarang makan dah tak memilih, Suke makan coklat :)
 
 
Basikal mestilah pink ok.
Hadiah besday in advance ye kakak.
 
 
 
 
 
Manje sangat dengan Ayah.
 
Main air nombor satu!
 
Nampak kan? Tapi comel tetap ade. hihi
 
Rajin tolong Umi kat dapur. :)
 
 
 
Nur Aira Zahirah
Selamat Hari Lahir ke 3 Sayang
Semoga kakak menjadi anak yg solehah
Rajin-rajin tolong Umi & Ayah ye
Jaga adik-adik kamu dengan baik
Love u so much
Terasa cepatnye Baby ni besar. Jangan besar cepat sangat sayang.
Umi belum puas nak gaduh2  manje dengan kamu lagi. hihi
 
 
 
 
 
Ok, TATA.
 
 
 
 
 




2.2.14

Ekzema (Part 2)

Assalammualaikum
 
Hi semua. Dah lama Umi nak update mengenai Ekzema ni. Tapi asyik terlupe aje nak cite. Sebelum ni, ade ramai jugak yang tanye Umi. Kakak ade eczema, adik pun ade ke? Alhamdulillah, setakat ni Adik Aisyah bebas dari eczema.
 
Dalam entry dulu, Umi ade cite mengenai Kakak Aira yang mengalami masalah kulit. Boleh bace di entry sini dan sini. Sekarang Kakak Aira dah nak masuk 3 tahun. Ekzema kakak dah pun hilang sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah. Kakak dah takde garu-garu lagi.
 
Susu pun da boleh minum susu lembu sepenuhnya. Sekarang kakak minum Enfagrow A+ (honey). Umi pun dah bagi kakak minum vitagen, solivite. Calciyum pun kakak da boleh makan. Bile dah makin membesar memang alahan kulit die hilang. Perasaan sebagai ibu sangatlah bersyukur. Kalau dulu, sedih sangat tengok kakak garu-garu sampai luka berdarah kulit die. huhu.
 
Sabun mandi pun dah boleh pakai sabun Johnson adik Aisyah. Umi pakai yg milkbath tu sebab Wangi dan lembut aje. Jimat di situ sebab mereka boleh share sabun yang same. hihihi. Lotion dan krim pun dah tak pakai lagi. Lepas mandi cume pakaikan bedak dan minyak telon aje. Bagi ade bau Wangi n ala-ala baby sebab minyak telon @ yuyi tu kan utk baby2. hihi. Umi suke bau tu.
 
Pemakanan pun dah pelbagai kakak try makan. Kalau bagi spaghetti carbonara memang kakak suke. cheese cake pun dah boleh makan. Rasenye semua makanan yang berasaskan susu lembu dah boleh dah.
 
 
Untuk ibu-ibu diluar sane yang mempunyai anak mcm kakak Aira, Umi nasihatkan jangan risau. cume kena beri lebih perhatian. Lagi bagus bawak anak jumpe Doctor pakar untuk kenalpasti masalah kulit. selalunya doctor akan bagitahu kalau confirm eczema, ade tahap-tahap die. Dan doctor akan suggestkan sabun, krim n ubat yang sesuai. Macam Kakak dulu pun kami banyak kali jumpe doctor pakar. Cube pelbagai jenis sabun. sebab ade yang sesuai dan ade yang biase aje. Sabun basuh baju / Detergen untuk kanak-kanak pun umi cadangkan beli yang khas untuk kanak-kanak. Sebab ade sesetengah sabun basuh baju ni agak tajam/kuat so tak sesuai untuk kulit Ekzema.
 
Time Umi pregnantkan adik Aisyah umi ade minum air kelapa muda. Dapat banyak kali jugak rasenya sbb Umi memang doa supaya baby kali ni tiada masalah kulit. Mungkin ini petua orang dulu-dulu. Tapi tak rugi pun kalo kite cuba kan?
 
Jom kite tengok kulit kakak Aira sekarang :)
 





 

 



 Alhamdulillah, kulit kakak dah normal. Takde gatal-gatal n bintik-bintik merah lagi. Dah boleh mandi pool dengan happy. :)
 
 
Ok, Tata.