Assalamualaikum
Salam Isnin semua, Cepat betul hujung minggu berlalu kan? Tup-tup da Isnin. Monday blues... Umi yg surirumah ni pun malas-malas je hari Isnin. Nasib lah anak-anak belum start sekolah lagi. Lepas hubby g kerja, umi On kan mesin basuh dan sambung baring-baring layan AJL2013. Semalam ade adegan berebut tv dengan kakak. mestilah Kakak yang menang. huhu. Nasib ade Beyond so, kite rekod aje.
Hari ini Umi nak share pasal Tantrum atau anak mengamuk. Macam kakak Aira sekarang dah berumur 2 tahun 11 bulan. Die dah mula start mengamuk apabila kemahuan die tu tak dapat ditunaikan. Tak kira tempat, tapi selalunya di luar rumah la. Kat Mall memang wajib ade adengan mengamuk die tu. huhu. Sebagai Ibu, Umi selalu berdoa diberi kasabaran yang tinggi. Sebab Umi pun cepat marah orangnye. haha. Tapi Umi cepat lembut balik. cewahhhhh. Mungkin kakak ni ikut perangai Umi die. Kalau kat Mall tu tetibe mengamuk die datang, die baring golek-golek atas lantai, menjerit, menangis. hubby la yang selalu handle. Umi tak boleh. Kang dengan Umi skali menjerit pekik pekik kat situ. bahaya. hilang terus sifat keayuan Umi nnti. hahhahaha.
Macam semalam, kami jalan-jalan pergi CityOne Kuching. Masuk dalam Popular. Kakak automatik berlari-lari amik bakul. macamkan nak shopping banyak sangat kan? Biarkan je die tarik bakul tu. Awal-awal die dah jumpe plastesin warne-warni skali ngn acuan. menarik jugak. Ok, ni boleh beli. Pastu Umi nak carikan kakak puzzle. Jumpelah Baby Puzzle. Umi amik 2 set. Masukkan dalam bakul Kakak. Hubby round2 cari barang die. Kakak biaselah berlari-lari. pastu die jumpe buku ape ntah. ade kartun Jack and Neverland pirate tu. Umi tgk mcm tak sesuai je. Tapi die dah masukkan dlm bakul die. hmmmmmmmm. So da abis round. nak bayar pulak. Umi cepat-cepat keluarkan buku Jack die tu. Sampai kat cashier die tau pulak buku die takde. huhuhuu. menjerit la die. Habis die campak je puzzle Umi tu. gulp. Adengan mengamuk pun berlaku. berGEGAR la cityone tu dengan suara nyaring kakak. HARU
Sebelum masuk dalam popular, kami ade pegi tempat permainan. Situ ade playhouse and games yg masuk token tu. Umi and hubby pun decide nak main games yg token tu je. sebab kalo masuk playhouse tu kena masuk temankan sekali dalam tu. lame pulak nnti. Hubby pun tukar token. So banyak jugak games kitorang main. puas hatilah. Naik marrygoround, naik bus, naik kapalselam, naik car, main bowling, main bolamasukmulutbuaya, main pukul2buaya. Adik Aisyah pun join skali. Sampailah habis token. 2 kali jugak hubby g tukar token. Dah nak keluar dari situ Kakak mengamuk lagi die nak masuk dalam Playhouse pulak. Aduhhhh. Hubby dah pujuk2 tapi tak jalan. Umi terpaksa masuk campur. Umi dukung kakak bawak masuk dlam metrojaya pulak. Meronta-ronta la kakak Aira ni. Tau jelah dalam Metrojaya ni macam sunyi skit. So, semua mata-mata memerhati gelagat kami. Ikutkan hati Dah Jom Balik. tapi kang rugi pulak. Ni jelah peluang nak jalan-jalan cuci mate. haha. Dalam Metrojaya ni ade meja n bangku untuk budak-budak main. So, kakak Nampak bahagian tu die diam n happy balik. LEGA.
Kalau dalam rumah pulak, Kakak akan mengamuk time die nak tengok kartun. hari-hari nak kartun. Sebelum tido pun nak kartun. menjerit-jerit. huhuhu. kalau siang memang umi jarang dapat layan tv. Lagi satu Kakak sangat kedekut dengan adik die. Kalau die nampak adik Aisyah duduk atas kerusi die cepat-cepat die rampas. huhu. tergolek la adik tu.
Umi rase cabaran nak mendidik Kakak ni da makin mencabar sangat. huhu. kadang-kadang sampai menangis Umi. Umi nak buat yang terbaik untuk anak-anak. Umi percaya semua Ibu juga begitu. Tak dinafikan kadang-kadang Umi terlepas jugak tangan memukul kakak. Maafkan Umi. Umi tak sengaja. Yelah, kadang-kadang time kite bendera Jepun. emosi pun tak brape nak stabil. HOT je rase. hihihihi.
Ok, ni Umi nak share sedikit info yang Umi google. Hope dapat bantu ibu-ibu di luar sana. Anak-anak mengamuk tu sebenarnye adalah NORMAL. Cuma kite sebagai ibubapa perlu cari jalan atasi AMUKAN anak tu. semoga kite diberi tahap kesebaran yang tinggi untuk mendidik anak-anak kita :)
CARA MENGATASI TANTRUM ANAK
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- Peluk anak anda.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang.
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
KENALI APA ITU TANTRUM :
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut :
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.
Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:
Dibawah Usia 3 tahun :
•Menangis
•Menggigit
•Memukul
•Menendang
•Menjerit
•Memekik-mekik
•Menghempaskan badan ke lantai
•Memukul-mukulkan tangannya
•Menahan nafas
•Menghentakkan kepala
•Melemparkan barang
•Menyangkung
•Memeluk tubuhnya
Usia 3-4 tahun
•Perilaku tersebut diatas
•Menghentakkan kaki
•Berteriak
•Meninju
•Membantingkan pintu
•Mengkritik
•Merengek
Usia 5 tahun keatas
•Perilaku-perilaku tersebut diatas
•Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
•Menyumpah
•Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
•Mengkritik diri sendiri
•Memecahkan barang dengan sengaja
•Mengancam
•Merungut
•Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
•Perilaku-perilaku tersebut diatas
•Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
•Menyumpah
•Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
•Mengkritik diri sendiri
•Memecahkan barang dengan sengaja
•Mengancam
•Merungut
•Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
Inilah Kakak yang mengamuk itu
Kakak
Kakak kena faham kenapa Umi n Ayah tak tunaikan semua kemahuan kakak.
Kakak kena jadi contoh yang baik untuk adik-adik.
We love u so much!
Ok, Tata.
No comments:
Post a Comment