Assalammualaikum
Hai. Salam Isnin. Seperti biasa tuan belog bz sangat. menjaga anak2. haha. Alasan yg same. Ade je umi online singgah bace blog yg di gemari. tapi nak update blog sendiri tu lemah semacam aje. memikirkan gambar belum edit. nak cite kat blog mesti ade gambo cantik. barulah best kan? haha.
Cite pasal zoo Negara ni pun dah lame peram. Tak salah Umi awal tahun bulan 1 aritu. kitorang adik beradik plan nak g zoo. Dah lame sangat tak g zoo. Ingat lagi time kecik2 dulu time rumah kat Segambut. Mak bawak kitorang 6 beradik naik bas g zoo. Best giler. Dari segambut naik bas mini no 37 pastu turun kat chowkit naik bas panjang pulak turun kat hulu kelang. Umi darjah 5 rasenye time tu. budak2 baru nak meningkat remaja, siap pakai baju overall jeans tu. same ngn kakak Umi. fesyen terkini la mase tu terikut2 kumpulan feminin. haha. poyo betul kalo ingat balik. Time tu Abah tak join. Abah ade kerja rasenya. Dari umah mak dah masak siap2. bawak bekal nasi bungkus. Bungkus pkai plastic aje. pas makan terus buang tak yah nak berat2 bawak balik. kreatif btul idea mak umi ni. Anak ramai kan. kalo nak beli makanan kat situ da berapa pulak. Seronok sangat umi rase. tapi sayang zaman tu kitorang takde camera. so takdelah gambar kenangan. hanya memori dalam kepala je yang ade. Sayang mak :)
Oklah kembali kepada zaman sekarang. Tiket masuk zoo adalah RM30 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Diingatkan supaya bawak ic ye kalo takde ic rate lagi mahal. Kitorang pegi awal sebab nak kejarkan show pukul 11 pagi tu. kalo datang lambat kena tunggu next show pukul 3petang. Show ni free. kalo datang awal boleh duduk depan. Oklah jom layan gambar..
Kakak Aira yang paling excited. budak-budak kan suke tengok binatang. kat zoo ni macam-macam haiwan ade. Umi harap kakak dapat ingat kenangan kite pg zoo ni ye. nanti kakak boleh cite dalam blog kakak pulak. hihi
Anek pun same tekun je tengok persembahan tu.
Kitorang duduk depan. Tak perasan langsung atas kepala ade besi palang ni. Sekali tetibe je binatang berbulu hitam ni jalan atas palang tu. keras je umi kat situ. sambil doa jangan la die jatuh atas kepala. serammmmm okey.
lupe name die ape. tapi comel giler. ade ekor yang panjang. Die jalan je atas palang besi tu smpai kat tengah pastu die turun bergayut pakai ekor. Dapat la habuan makanan dari penjaga tu. Umi dah standby nak lari arah mane time ni. kot2 die jatuh ke umi larik dulu. wakakakakaka. Ade burung bangau jugak. diorang catwalk depan tu. tapi yang sekor ni boleh pulak terlepas sebelah umi. terkejut kitew. mak budak yg over takut. Anak2 rilex je happy nak g tangkap burung bangau tu. *uruturutdada*
Ade Bard the sealion. seronok tgk bard buat show. kuat makan si Bard ni. tak silap sehari die makan ikan hamper 8-10kg. sbb tu harge tiket pun makin mahal. Tapi berbaloi la. show ni dalam 30minit.
Lepas tu berjalan la kitorang dalam zoo ni. melawat haiwan-haiwan yang ade. Yang paling di cari oleh kakak Aira ialah elephant & giraffe. kebetulan time ni ade sessi bg cik gajah ni makan. cik siti tak silap name gajah ni. sepotong buah betik rm1. beranikan diri nak bagi cik siti makan. padahal jauh tu kan. siap ade longkang besar lg. perasaan umi sangat lah berdebar-debar. memang penakut jugak umi ni rupenye. haha. terbayang-bayang je kalo gajah ni melompat ke depan. kena suap betik tu betul2 kat corong belalai die tu ha. nnti cepat je die tangkap betik tu suap kat mulut die. gigil-gigil tangan umi time ni.
harimau dah ade banyakkkk. suke sangat. gemuk-gemuk pulak tu pak belang ni. mesti meybeng bagi cukup makan. time kasih meybeng. dari jauh dah dengar suare die mengaum. time kitorang pegi ni ade ramai sukarelawan. rasenye student2 kolej. Nampak diorang bagi haiwan-haiwan ni makan. Bagus jugak ada program sukarelawan macam ni.
Oh ye, kitorang bawak bekal roti sandwich dari rumah. Kat zoo ni makanan luar dibenarkan. Dapat lah alas perut sekejap kat dalam zoo ni. kalo yang ade anak kecik tu bwk la kipas sebab panas skit la dalam ni. Tapi umi puji sbb banyak kerusi disediakan untuk berehat. kitorang berkelah depan kandang harimau sambil makan bekalan roti yang anek siapkan. sampai 3 jenis sandwich anek buat. time kasih anek :)
time ni adik Aisyah baru nak pandai jalan. terkedek-kedek la die berjalan. hihi. kejap-kejap nak lepas.
banyak kali jugak kitorang berhenti rehat. Kedai-kedai jual mkanan ringan pun banyak. cuaca agak panas. so haus jelah memanjang.
makanan dalam ni pun sedia maklumlah. mahal skit. Tak silap aiskrim tu rm2.50. kalo kat luar rm1 jek. kedai souvenir pun banyak. ade macam-macam. sediakan duitnye aje. hihi
Amboiiiii menguap. haha
Sian kakak letih ye. Tapi seronok kan ?
Oklah nak balik dah. Umi target lawatan kali ni kakak dapat kenal binatang. Alhamdulillah kakak memang bijak. die da ingat gajah itu besar dan ade belalai. Giraffe itu tinggi. Turtle makan carrot. Die dah kenal penguin, sealion, tiger, lion dan banyak lagi.
yeayyy tercapai impian nak bawak anak-anak g zoo.
Next kite g Aquaria pulak nak :)
Hari ni besday adik Umi.
Happy Besday Pak Uda.
Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, diberkati dunia dan akhirat.
Bile nak kahwin?
hihihii
Kat kampong nnti kite celebrate ye :)
Ok, Tata.
No comments:
Post a Comment