Assalammualaikum,
Hi semua. Hampir setahun rupenye blog ni sunyi sepi. Alhamdulillah mood berblogging sudah kembali. Harap2 kali ni lebih banyak entry untuk di story. Pegi jauh-jauh wahai penyakit Malas. kikiki. Banyak sangat kisah, cerita dan resepi yang Umi peram untuk kenangan dan rujukan anak-anak terutamanye. Thanks to readers yang sudi baca dan komen ye. Harap2 korang tak jemu melawat blog yang agak sendu ni. (* ____*)
Oklah untuk pengetahuan semua. Jeng..jeng..jeng.. Umi dah selamat bersalin anak ke 3. Kali ni dapat Hero. Alhamdulillah. Itulah salah satu sebab blog ni sepi je setahun. haha. (Alasan)
Muhammad Aidil Zafri Bin Mohd Azahari
03032015
Tahun ni jugak Kakak Aira da start sekolah ;) Aira baru 4tahun sebenarnya. tapi saje bagi die masuk sekolah awal. belajar bergaul dengan kawan2. semangat betul Aira nak g school. senang bangun pagi. harap2 sampai besar la Aira rajin ye.
Adik Aisyah pun dah bertukar tittle kepada "Kakak Aisyah". hehe. Dah masuk 2tahun pun Aisyah. Die ni bahaya sikit. Bak kate orang diam-diam berisi. Pantang leka, ade je keje die buat. main bedak tu biase. bersepah2 mainan pun biase. kuat makan die ni. susu pun kuat.haha. semua die suke. bagus, senang keje Umi masak.
Oklah itu dulu update setakat ni. Esok2 sambung lagi.
TATA.
No comments:
Post a Comment