27.12.13

Resepi : Laksa Sarawak

Assalammualikum,

Hi. penah makan laksa Sarawak tak? Mula-mula Umi tak brape suke sgt sebab mcm ade bau rempah. Kalo makan luar tu jarang sekali la order Laksa Sarawak. Tapi akhir-akhir ni jadi suke sangat pulak. hahaha. kan dah terkena. hirup sampai licin mangkuk tu. kahkah. punyer la sedap. apekah? Dah hampir 4tahun duk Kuching ni, nilah 1st time umi try masak Laksa Sarawak. senang sangat rupenye. SEDAP pulak tu. *matakeatas* Ok jom umi share resepi. Try la confirm puas hati.



 
Bahan-bahan :
(utk 5-7org)
1 paket Bihun
Dada Ayam 3 ketul
Udang 400gm
Serai 3 batang
telur 2 biji
tauge 50 sen
1 kotak santan
Air
garam
Pes Laksa Sarawak Hj Manan
 
Cara-cara:
1. Rebus dada ayam hingga masak. keluarkan.
2. Rebus pulak udang hingga masak. keluarkan.
3. Air rebusan tadi jangan di buang. masukkan serai yang telah diketuk.
4. Masukkan pes Laksa Sarawak. Masak hingga mendidih kemudian masukkan santan dan tambahkan garam. kacau hingga mendidih. siap.
5. Bihun dan tauge di celur.
6.buat telur dadar nipis2. gulung dan hiris.
7. carik-carik isi ayam tadi
8. udang pun dibuang kulit.
 
Ok da siap. boleh di hidangkan. kalo tambah sambal belacan n perahan limau lg ummmphhhh. bertambah-tambah makan.
 
 
OK, selamat mencuba.
 
 
 
 
TATA
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment