Alhamdulillah, pagi ni ujan lebat dibumi Kuching. Rasenye dekat 2minggu tak hujan. Cuace sangat panas. Malam2 tak lena tido. sian kat anak-anak la. Asyik terjage aje. Kitorang pasang smpai 4bijik kipas tapi tetap berpeluh. huhu. Almaklumlah umah takde aircond. Hubby plak demam malam tadi. Terpakselah umi jadi burung antu melayan ragam anak-anak malam tadi. Adik Aisyah terjage setiap sejam. huhu. Umi baru nak terlelap die da merengek. 3,4 kali jugak rasenya. kali ke 5 tu terpakse la jugak kejutkan hubby take turn la pulak ye. Umi da tak larat sangat dah.
Rasenye semua pun update pasal JEREBU. Setakat ni tahap Jerebu di Kuching masih ok dalam 60++. Hope kawan-kawan di semenanjung berhati-hati la ye. Sentiase la pakai mask. Minum air masak banyak-banyak. Kurangkan aktiviti luar. kesian rasenye terutamanya yang ade anak kecik. Hope keadaan akan pulih seperti biase. Mesti rase risau kan nak bernafas pun bau asap. pedih mata. huhu.
Entry kali ni umi nak cite pasal Majlis Kenduri Akikah Nur Aisyah Zahra. Majlis ni pada 10.02.2013. Adik Aisyah pun da 40 hari mase tu. Dah lame da tapi baru nak update. Tuan belog ni sibuk sangat. hehe. Sebenarnya majlis akikah ni buat sekali dengan Majlis bertunang adik Umi, Cik Puthree (mak Teh ). Akikah belah pagi. Bertunang pulak tengah hari. lagipun time ni cuti tahun baru cina. so, makcik dan pakcik umi ramai yang balik kampong. Adik beradik Umi pun ade kecuali Makcik still duk kat German lagi. InsyaAllah bulan 9 ni makcik balik. Umi asingkan la entry akikah dan bertunang ni ye. banyak sikit gambar boleh masuk. hahaha.
Majlis serba sederhana sahaja. Kami sembelih kambing seekor. kebetulan sepupu umi pun nak tumpang skali. Anak die lelaki. Lahir pun dekat2 ngn Aisyah. Muhamad Salman al-Farishi. So 3 ekor kambing la Akikah kali ni. Menu hari tu Nasi Beriani Gam, Kambing beriani, Ayam goreng, acah jelatah, papadom, kuihmuih. semua masak sendiri. Maklumlah family umi mmg ramai tukang masak power. Master Chef mestilah abah Umi. hehe.
Ok, macam biase kite layan gambar la senangkan. Umi sangat bz haritu. maklumlah mak pengantin kecik. gambar pun tak banyak sangat. mane yang sempat aje. hehe.
DIY pelamin paper wheel. cutekan? modal pun murah je. Umi beli kertas A4 warne warni pastu lipat mcm buat kipas tu. senang sangat. Idea susun atur ni adik-adik umi yg buat. Umi tengok da siap aje. hehe.
Pengantin kecik :)
Aisyah da ready. pagi-pagi dah kena mandi. hehe
Kumpulan Marhaban.
Kakak pengantin kecik .
Kakak Aira orang yang paling sibuk. die duk menjerit2, menari, berlari. Die ingat ni majlis die agaknye. Suke sangat kakak dengan baju kembang die tu. Mak Teh sponsor baju.
time kasih mak Teh .
Kumpulan Marhaban
Belum ape-ape dah tido. hehe
Tuan Belog yang buat2 bizi.
Ni nenek Umi. kire moyang Aisyah la. Bacakan doa untuk Aisyah. Time ni Aisyah diam aje.
sepupu-sepapat
kanak-kanak yang paling happy kan?
Family Potret
Ni ha je kot Family Potret yang lawa.
kakak tak reti duk diam.
Adik Aisyah nangis la pulak.
peace from kakak :)
Nur Aisyah Zahra Binti Mohd Azahari
Alhamdulillah, selesai sudah majlis Akikah adik Aisyah. terima kasih kepada semua yg terlibat. terutama family Umi. sekali-sekala dapat berkumpul camni seronok sangat. Ok next entry Umi update pasal Majlis Bertunang pulak.
Ok, Tata.
No comments:
Post a Comment