Assalamualaikum..
Hai.. seperti biasa blog setahun sekali je postingnya. Masa sangat mencemburui nampaknya disamping tahap kemalasan yang melanda. haha. Harini 3 Julai, gagah juga Umi upload posting special sempena besday Aisy yang ke -4 tahun. Pejam celik tiba-tiba dah 4tahun kan. Macam baru je post pasal kelahiran Aisy..huhu. sedar-sedar dah besar baby mama! kejap Umi kejap Mama. hahaha. Aisy sorang je panggil Mama. Kakak Aira Aisyah panggil Umi, sampai kat Aidil jadi Ibu, bila Aisy jadi Mama pulak. Adoiii adekan macam-macam gelaran pulak.
Alhamdulillah, Aisy anak yang baik. manja sangatlah anak bongsu ni kan. masih pakai pampers. huhu. Dulu Aidil 2tahun dah masuk sekolah. semua cikgu-cikgu yang ajarkan. Sekarang duk dengan Mama, jenuh juga Mamanya. haha. hobi suka melukis, mewarna dan menconteng. habis semua dia conteng ya. Almari Tv dan dinding-dinding banyak hasil karya dia. Suka ambil gambar. kadang-kadang, dia ambil Hp Umi die ambil gambar. so Umi ade belikan die kamera mainan tu. murahan aje beli kat tiktok. hebat juga hasil yang die tangkap tu.
Peneman Setia Umi lah sekarang, dia akan follow je mana Umi die pergi. Hantar dan ambil abang balik sekolah pun dialah yang paling semangat. kawan borak2 dengan Umi. seronok kalau borak dengan die. macam orang besar dah gayanya. haha.
Bab makan, Aisy tak cerewet. Die suka makan brokoli! Satu kebanggaan juga bila anak kite suke makan sayur dan buah-buahan kan. Peminat durian juga. Hantu durian ikut mama dia. haha. Jaranglah die menolak makanan. Rasanya semua die suka.
Sekarang ni kakak Aira Aisyah dah duk asrama. Aisy faham kakak2 die takde. Macam harini besday die. Umi tanya nak kek ape, die jawab nak kek ironman. Tapi nantilah tunggu semua ada baru kite potong kek. Alahaiiii terharu maknya dengar. jenis memahami. Kalau Umi baring je pening kepala ke, dia akan tanya Mama demam ke. nanti Aisy jaga mama. sangatlah caring orangnya.
Sayu pula rasa bila anak bongsu dah meningkat umurnya. Rindu time die baby. sekejap je masa berlalu.. semoga semuanya baik-baik dan dipermudahkan segalanya. Happy Birthday baby Mama.. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, berjaya dunia & akhirat. I love U so much AiraAisyahAidilAisy ..
Aisy beberapa jam lepas lahir.
Dari baby memang suka senyum die ni..
Dah makin besar tak bulat dah. hahaha
terbaru. rambut dah panjang. die tak bagi mama nak gunting rambut die.
Umi belikan Donat boboiboy untuk Aisy. kebetulan ada special edition donat BigApple ni. happy sangatlah die. haha. Tunggu Ayah balik nanti kite makan sama-sama ya. Ayah outstation Ke P.Pangkor minggu ni.
Oklah, nanti sambung lagi. babai.