21.7.24

Cerita Kami...

 Assalamualaikum..

Hai semua! Lamanyaaaa tak bercerita dalam blog ni. Sebenarnya banyak sangat story yang nak dikongsikan tapiiiii selalu tak kesampaian. Perlukan masa dan mood Rajin. Hahhaa. Takpelah Umi cubalah untuk story kisah-kisah kami di blog kesayangan ni. Nak mula dari mana dulu agaknya ya. Lama x menaip ni rase janggal pulak. Sawang pun dah tebal. Hahaha.

Alhamdulillah tahun 2024 dah sampai ke penghujung bulan Julai. Anak-anak Umi juga dah makin membesar. Kakak Aira dah masuk 13 tahun, tingkatan 1 dah. Dulu dari Kakak Aira baby lah selalu bercerita mengenai dia aje. Dalam blog ni pun banyak kisah anak-anak. Semoga menjadi rujukan dan kenangan. Aisyah pula 11 tahun, ingat lagi tak anak Umi yang lahir Hari Tahun baru 1/1 tu. Dah darjah 6 die. Pun tahun depan nak melangkah ke sekolah menengah dah. Abang Aidil pula dah darjah 3 tahun ni dan Aisy baby bongsu dah 3 tahun. Alhamdulillah kehidupan sekarang sangat membahagiakan. 


Rutin harian macam biasa lah sebagai surirumah, hantar dan ambil anak-anak sekolah, masak, kemas, melayan anak-anak terutamanya yang paling kecik tu. Hobi die sekarang suke sepahkan rumah. Hahahha. Lain dengan kakak abang sebelum ni, barang-barang deko Umi memang elok je tersusun. Kire bole la Umi deko rumah time tu. Sampai kat Aisy habis semua die usik. Hahhaa. Kalau kite kemas tu kejap je die boleh sepahkan balik. Sehari tu berulang-ulang Umi kemas depan Tv tu memang sepah juga Aisy kerjakan. Sabo jelah. Moment macam nilah yang akan dirindui nanti kan. Macam sekarang ni kakak Aira da masuk asrama. Kuranglah anak sorang. Huhu. Terasa juga sunyi teringat kat kakak Aira. Huhu. Die seronok duk kat asrama tu. Uminya je yang rindu kat anak sendiri. Kalau dekat tiap minggu bole visit. Nanti Umi nak buat 1 entry pasal sekolah sbp Kakak Aira ni. Harap-harap mood rajin ade. Boleh la cerita untuk rujukan kemudian hari. 


Harini Ahad, Aidil ada bola pagi td. Aisyah kelas tambahan. Sibuklah dah darjah 6 ni kan. Zaman takde UPSR ni macam struggle juga anak-anak untuk join kelas tambahan, tuition, bengkel dan macam-macam lagi untuk persediaan exam kemasukan ke sekolah khusus nanti. Encik suami pula biaselah golf die lah cuti-cuti ni. Umi duk melayan Aisy jelah harini. Lepas hantar Aisyah tadi singgah SEGi topup barang-barang basah tapi ni masak pun belum. Hahahhaa. Hari cutikan malasnya nak masuk dapur. Santai-santai je harini. Oklah kite layan gambar anak-anak jelah ya. 



Impian kakak Aira tercapai. Die memang bercita-cita nak masuk asrama. Alhamdulillah semoga baik-baik aje untuk kakak. 



Kakak Aisyah yang diam-diam berisi. Ingat lagi tak dulu die main cat senyap-senyap aje. Habis tangan die penuh cat warna biru. Hahaha. Anak yang pemalu. 



Abang Aidil pun da besar. Sekejap aje kan anak-anak ni membesar. Pejam celik tiba-tiba da besar. Huhu. Umi pun da semakin tua nampaknya. Alhamdulillah eczema Aidil pun da baik. Anak yang baik.



Haaaa nilah die Aisy yang suke sepahkan rumah tu. Hahahaha. Penghibur kat rumah sekarang ni, dah banyak cakap. Petah boleh tahan dengan suare besar die tu. Kesayangan semua ni. 

Oklah cukup dulu entry ni. Nanti sambung lagi.




Take care semua! 
Babai.









17.7.24

Raya 2024

 Assalamualaikum 2024!