Assalamualaikum..
:: DEQYA's STORY ::
Alhamdulillah..
16.7.25
Happy 4th birthday Baby Mama Aisy Ibrahim.
21.7.24
Cerita Kami...
Assalamualaikum..
Hai semua! Lamanyaaaa tak bercerita dalam blog ni. Sebenarnya banyak sangat story yang nak dikongsikan tapiiiii selalu tak kesampaian. Perlukan masa dan mood Rajin. Hahhaa. Takpelah Umi cubalah untuk story kisah-kisah kami di blog kesayangan ni. Nak mula dari mana dulu agaknya ya. Lama x menaip ni rase janggal pulak. Sawang pun dah tebal. Hahaha.
Alhamdulillah tahun 2024 dah sampai ke penghujung bulan Julai. Anak-anak Umi juga dah makin membesar. Kakak Aira dah masuk 13 tahun, tingkatan 1 dah. Dulu dari Kakak Aira baby lah selalu bercerita mengenai dia aje. Dalam blog ni pun banyak kisah anak-anak. Semoga menjadi rujukan dan kenangan. Aisyah pula 11 tahun, ingat lagi tak anak Umi yang lahir Hari Tahun baru 1/1 tu. Dah darjah 6 die. Pun tahun depan nak melangkah ke sekolah menengah dah. Abang Aidil pula dah darjah 3 tahun ni dan Aisy baby bongsu dah 3 tahun. Alhamdulillah kehidupan sekarang sangat membahagiakan.
Rutin harian macam biasa lah sebagai surirumah, hantar dan ambil anak-anak sekolah, masak, kemas, melayan anak-anak terutamanya yang paling kecik tu. Hobi die sekarang suke sepahkan rumah. Hahahha. Lain dengan kakak abang sebelum ni, barang-barang deko Umi memang elok je tersusun. Kire bole la Umi deko rumah time tu. Sampai kat Aisy habis semua die usik. Hahhaa. Kalau kite kemas tu kejap je die boleh sepahkan balik. Sehari tu berulang-ulang Umi kemas depan Tv tu memang sepah juga Aisy kerjakan. Sabo jelah. Moment macam nilah yang akan dirindui nanti kan. Macam sekarang ni kakak Aira da masuk asrama. Kuranglah anak sorang. Huhu. Terasa juga sunyi teringat kat kakak Aira. Huhu. Die seronok duk kat asrama tu. Uminya je yang rindu kat anak sendiri. Kalau dekat tiap minggu bole visit. Nanti Umi nak buat 1 entry pasal sekolah sbp Kakak Aira ni. Harap-harap mood rajin ade. Boleh la cerita untuk rujukan kemudian hari.
Harini Ahad, Aidil ada bola pagi td. Aisyah kelas tambahan. Sibuklah dah darjah 6 ni kan. Zaman takde UPSR ni macam struggle juga anak-anak untuk join kelas tambahan, tuition, bengkel dan macam-macam lagi untuk persediaan exam kemasukan ke sekolah khusus nanti. Encik suami pula biaselah golf die lah cuti-cuti ni. Umi duk melayan Aisy jelah harini. Lepas hantar Aisyah tadi singgah SEGi topup barang-barang basah tapi ni masak pun belum. Hahahhaa. Hari cutikan malasnya nak masuk dapur. Santai-santai je harini. Oklah kite layan gambar anak-anak jelah ya.
17.7.24
27.12.21
Pengalaman melahirkan Aisy Ibrahim Zakwan di Hospital Islam Az-Zahrah Bangi (HIAZ)
Assalamualaikum,
Hai bertemu lagi. Tahun 2021 hampir ke penghujungnya. Macam-macam peristiwa dan ujian melanda negara kita. Baru-baru ini dengan musibah banjir. Semoga mangsa-mangsa banjir dipermudahkan segala urusan kalian semua. Ok berbalik kepada tajuk blog kali ini. Umi tergerak hati ingin menulis kembali sebab nak share story mengenai pengalaman bersalin kali ini. Ada juga update dalam IG tapi tak cukup ruang untuk berceloteh lebih panjang. Lagipun Umi rasa penulisan dalam blog ni boleh dijadikan panduan atau rujukan di masa akan datang. Entry kali ini mungkin agak panjang sebab banyak cerita ingin di kongsikan. Untuk Umi dan anak-anak di kemudian hari.
Untuk kelahiran Aisy kali ni jarak agak jauh juga dengan Abang Aidil. Aidil dah 6tahun time Aisy di lahirkan. Time tau pregnant tu pun macam tak percaya dan tak sangka langsung, Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. 12/11/2020 Umi baru tau Umi pregnant. sehari selepas Umi beli kasut jogging baru time sales Adidas 11/11. hahaha. Time tu kami jiran-jiran berdiet dan eat clean. Masuk dalam group mcm ni baru ade semangat untuk nak kurus kan. Time start tu berat Umi 76kg. hohoho. Gemuknya. sehingga lah last date 10/11 sebelum tau pregnant Umi timbang dah turun 70kg. Gembiranya nmpak angka ni. Nak melompat rasanya. sakan berjogging & kayuh basikal dan amalkan eat clean berjaya trun 6kg dalam masa sebulan lebih. Tiba-tiba jiran tanya date period sebab dorg semua da lepas seminggu. selalu kami sederet ni dekat2 date periodnya. hahhaa. Actually kami jiran-jiran sederet ni dah macam adik beradik rapatnya. So Umi pun macam Eh belum datang lagi. Pelik kenapa lambat ye. Jiran pun bergurau bagi pregnancy test tu sebab die kata die beli online banyak. So Umi pun amiklah. Tak menyabarkan malam tu jugak test. Tak sempat nak tunggu esok pagi. Jeng... Jeng... Jeng... Keluar 2line. Terkejut sangat Umi sebab tak sangka sangat rezeki ada lagi. Ingatkan Aidil paling bongsu dah. hahhaha. Bagitau suami die pun terkejut tak percaya. Die suruh test lagi esok pagi. hahahha
Oklah tu la sejarahnya dari tau Umi preggy. So apa yang boleh Umi bg tips kepada mereka yang masih belum dikurniakan cahayamata, boleh cuba amalkan diet. Eat clean, amalkan berjogging dan bersukan. kurangkan berat badan. selain berdoa kepada Allah semoga dikurniakan zuriat.
Untuk permulaan Umi bukak buku pink di Klinik kesihatan (KK) berhampiran rumah. Area sini KK dekat aje dalam 5minit dari rumah. Dah bertahun tak melawat KK ni. Time-time covid ni banyak SOP yang ketat. Suami tak boleh teman. Hanya ibu mengandung sahaja boleh masuk. Umi call dulu KK untuk dapatkan tarikh appoinment. Lawatan pertama berjam-jam ye menunggu. Umi memang dah agak lama sebab banyak prosedur nak kena buat. Amik urine, amik darah semua kan. Bawaklah biskut atau kuih utk alas perut. Umi selalu pergi check up sorang aje dan drive sendiri. Aira Aisyah Aidil semua ke sekolah. So bertenang la juga menunggu dalam KK tu walaupun lama.
26.12.21
Kuala Terengganu Oktober 2021 (Last Part)
Assalamualaikum.
Akhirnya hari ke-4 di Terengganu dan hari utk pulang ke Bangi. Pagi tu santai2 aje. kami breakfast di Hotel sahaja. Dulu Umi rase Nasi Dagang di kafe Duyong Marina ni antara yg tersedap juga. kali ni Oklah masih sedap juga. (rate 8/10) Tapi tak boleh lawan Nasi Dagang Atas Tol. hahaha.
Kuala Terengganu Oktober 2021 -Terengganu Drawbridge & Nasi Dagang Atas Tol (Part 3)
Assalamualaikum.
Ok kite sambung part 3 pulak. Pagi tu kami decide untuk cari juga Nasi Dagang Atas Tol yang tak dapat makan semalam. Ikutkan Hotel kami book ni dah include dengan breakfast tapi kami decide esok pagi baru breakfast kat Hotel. sebab dah last day kat sini so santai2 jelah untuk esok.
Awal tak awal juga lah kami keluar dari hotel sebab takut nasi habis lagi. hahha. Ramai yang share pasal Nasi Dagang Atas Tol ni. So macam tak lengkap pulak kalo dah datang sini tapi tak sempat nak merasa keenakannya. Sampai kat parking tu nampak orang tak berapa ramai tapi kena beratur juga. sistem kat sini sangat tersusun. semua kena beratur dulu sehingga staffnya dapatkan meja. hanya seorang sahaja yg boleh order di kaunter. yang lain duduk di meja yang diberikan. so Umi order 4 nasi dagang dan 2 air teh peng ombak rindu cup besar. haha.