26.12.21

Kuala Terengganu Oktober 2021 -Terengganu Drawbridge & Nasi Dagang Atas Tol (Part 3)

 Assalamualaikum.

Ok kite sambung part 3 pulak. Pagi tu kami decide untuk cari juga Nasi Dagang Atas Tol yang tak dapat makan semalam. Ikutkan Hotel kami book ni dah include dengan breakfast tapi kami decide esok pagi baru breakfast kat Hotel. sebab dah last day kat sini so santai2 jelah untuk esok.

Awal tak awal juga lah kami keluar dari hotel sebab takut nasi habis lagi. hahha. Ramai yang share pasal Nasi Dagang Atas Tol ni. So macam tak lengkap pulak kalo dah datang sini tapi tak sempat nak merasa keenakannya. Sampai kat parking tu nampak orang tak berapa ramai tapi kena beratur juga. sistem kat sini sangat tersusun. semua kena beratur dulu sehingga staffnya dapatkan meja. hanya seorang sahaja yg boleh order di kaunter. yang lain duduk di meja yang diberikan. so Umi order 4 nasi dagang dan 2 air teh peng ombak rindu cup besar. haha. 

Beratur dulu. Lepas staff dapatkan meja terus order dan bayar di kaunter.

Portion tak besar sangat. kat sini die asingkan isi ikan dgn kuahnya. 

Senyum lebar dapat air cup besar ni. 

Nasi die sedap, lembut dan kuahnya pun sedap sangat. semua makan licin. 

posing depan kedai. Air teh peng tak habis so tapau bawa balik.

Next kami ke Terengganu Drawbridge. Time lalu haritu nampak ade orang beratur kat situ dan ternampak tulisan Galeri. Kakak Aira ajak naik nak tengok pemandangan dari atas Jambatan Angkat. so jomlah kite ke sana.

Alhamdulillah cuaca sangat cantik haritu. langit membiru cantik. 

Ayah drop kami kat bustand ni kemudian ayah parking kat bawah & naik tangga kat tepi tu. Parking banyak di bawah atau kawasan lapang tepi sana. 


Masuk dalam ni aircond kuat. sejuk sikit. Galeri ni baru juga dibuka so masih baru & cantik. Harga Tiket kalau tak silap RM5 dewasa dan RM4 kanak-kanak. 
Lepas beli tiket boleh naik lift ke tingkat 3 terus.

Dalam galeri ni ada menceritakan mengenai Jambatan Angkat ni. Bagaimana jambatan ni dibina. ada juga video penerangan. di bahagian tepi penjuru kiri kanan terdapat ruang untuk bergambar ni. 

Dah macam permainan dalam Squid Game Aidil cakap. hahaha

Aisy ok je baik sepanjang berjalan

Jomlah selfie 

One happy family ;)

Abang Aidil yang berani

View dari atas jambatan. parking kereta di hujung jambatan tanah lapang kawasan berumput tu. Agak jauh juga kan nak berjalan. Tapi Pak Guard tu cakap kat bawah jambatan ni ade juga parking tapi kena pusing balik lah dan naik tangga tepi tu. So oklah dekat jugak dari nak berjalan jauh kan.
Hujung sana tu Pantai Teluk Ketapang.

Aisy Ibrahim Zakwan


Agak seram juga nak lalu atas kaca ni. sebab tersedar muatan agak berat lepas makan 2 pinggan nasi dagang tadi. hahaha



Kakak Aira yang sangat rajin. banyak tolong jaga adik-adik. TQ kakak.

Menara sebelah ni macam kosong aje. Hanya sebelah je yang baru dibuka. 

Kemudian kami bergerak ke Pasar Payang untuk membeli sedikit buah tangan. Kedai Pasar Payang ni dah berpindah ke bangunan baru. Dulu kami datang masih lagi bangunan 2tingkat yang warna-warni tu. Bangunan baru ni dekat2 situ juga dan parkingnya banyak sangat. nampak lebih better dari yang lama. Tapi nampak macam agak ramai juga orang nak masuk ke pasar payang. Ayah decide Umi pegi dgn Aidil dan Kakak Aira je. yang lain duduk luar minum2 di food court luar pasar ni sebab Aisy kecil lagi agak tak selesa kan. 

Masuk-masuk je dah nampak pelbagai jualan dari makanan ke barangan dapur. Umi round aje dulu tengok2 

Banyak juga yang menjual seperti ini. mangkuk ayan, toto, lesung batu dan macam-macam lagi.

Keadaan dalam tu tidaklah sesak sebenarnya. cuma di pintu masuk tu nampak ramai orang. tapi di dalam kosong.



Tak lama pun Umi dalam pasar payang tu. beli keropok keping skit dan keychain kakak Aira nak bg kawan2. Lepas tu terus keluar. Tengok2 Aisy lena tido atas meja makan food court ni. hahha. umi risau juga kot die nangis ke kan. Aisyah order kuew tiaw celup kat sini. oklah makanan sini ade banyak pilihan. berangin je kat food court ni sebab kire tepi laut juga ni. 

Anak-anak ajak nak main tepi layang-layang tepi laut lagi. so marilah ke pantai teluk ketapang ni pulak. tadi dari atas jambatan nampak bersih membiru air lautnya. Alang-alang da ke sini, Umi tapau ikan tuka celup tepung ni dari kedai D'coconut yang kami pegi kelmarin tu. terbayang-bayang isi lembut ikan ni. sedap ratah2 mcmtu. 


Ikan tuka celup tepung D'coconut cafe yang sedap!


seronok anak-anak. area sini banyak pokok-pokok. redup sikit. nampak ade juga family yang berpicnic bawah pokok. seronok juga kan makan nasi bawah pokok tepi laut ni. angin pun sepoi-sepoi bertiup. tenang dan lapang sangat bila kat sini. 

sambung main layang-layang

kemudian turun ke pantai main pasir dan air laut

takde orang. hanya kami aje kat sini.

Kemudian kami bergerak ke Warung Pok Nong. Destinasi wajib lah kalo ke Kuala Terengganu ni. Terbayang sotong die yang lembut tu. Sampai di sana lebih kurang pukul 4suku. tengok beratur juga tapi dalam kurang dari 10 orang. so Ayah beratur dulu. kami tunggu dalam kereta. bila da nak dekat baru semua turun masuk barisan. Alhamdulillah sepanjang kat sana memang rezeki sangat sebab selalu dipermudahkan. mungkin kita bawak baby kan. Pok Nong pun da buat sistem. time2 covid ni kena jaga SOP semua. lepas beratur dan dapat meja, akan diberikan nmbor giliran. hanya boleh amik pesanan di kaunter apabila Nombor giliran di panggil untuk ambil makanan. Sebab tak nak orang ramai-ramai di kaunter makanan tu. servis agak laju juga sbb kelihatan ramai staff. Orang dapur pun masak tak berhenti. sekejap je die topup makanan celup tepung tu. Untuk Minuman boleh terus order bila dapat meja. 



ABC jagung yang femes tu

Udang celup tepung

Ikan kembung dan keropok lekor

Sotong celup tepung

makanan dah siap2 dalam pinggan. hanya perlu ambil yang mana yg kite mahu.


Harga ade dibelakang tu. 
Alhamdulillah lepas ngidam nak makan kat sini. 

Perut kenyang kami pun balik ke Hotel. Sampai bilik ingat semua nak berehat penat. Dari pagi td keluar kan tapi semua da salin baju nak mandi pool. so jomlah kite layan anak-anak nak mandi pool. tak penat-penat dorg ni kan. lagipun memikirkan esok nak balik dah jomlah kite.

1st time bawak Aisy mandi pool ni sebab risau takut die melalak. Aisy ni die tak suke sejuk2 sangat. masih mandi air suam smpai sekarang. slow2 bawak masuk die diam aje dan sengih2 happy. legaaa mak. hahah

Tengok tu kemain sengih die.

Mak anak Empat :)

baju mandi takde lagi. hahaha

Malam hari kami makan maggi cup aje. memang beli dari bangi maggi ni. lain macam feel die kalo makan maggi cup ni dalam bilik hotel. memang sedap sangat kan. hahaha. 

melayan Aidil nak main bubble da malam2 ni



Lepak-lepak santai kat balkoni luar ni. 

Penuh betul aktiviti hari ke 3 ni kan. Esok last day kat Terengganu ni. nantikan entry next episod.

TATA












No comments:

Post a Comment