26.12.21

Kuala Terengganu Oktober 2021 (Last Part)

 Assalamualaikum.

Akhirnya hari ke-4 di Terengganu dan hari utk pulang ke Bangi. Pagi tu santai2 aje. kami breakfast di Hotel sahaja. Dulu Umi rase Nasi Dagang di kafe Duyong Marina ni antara yg tersedap juga. kali ni Oklah masih sedap juga. (rate 8/10) Tapi tak boleh lawan Nasi Dagang Atas Tol. hahaha. 


Semua belum mandi ;)

Sementara nak tunggu buggy sampai posing dulu depan bilik.

Smile ;)

Hari last dapat breakfast Nasi Dagang di Terengganu. makan banyak skit sbb nnti nak gerak balik terus. 

Pulut +ikan masin + kelapa putih

Nasi minyak gulai ayam

Pelbagai juga menu buffet breakfast di sini. semua makan banyak pagi. anak2 ni da ade hp mengadap hp ajelah masing-masing. anti social betul dah. huhu. 

perut dah kenyang jomlah balik bilik. sambung packing2 baju dan anak2 sambung mandi pool sebelum check out. Lepas dah settle semua kami pun check out lebih kurang pukul 12 lebih dan meneruskan perjalanan balik melalui jalan-jalan tepi pantai. ingat nak singgah Warung Rusila kalo bukak tapi masih tutup. Tak de rezeki kami nak merasa ketupat sotong kali ni. 

Hajat di hati nak beli keropok lekor untuk buah tangan jiran-jiran tersayang. tapi takde yang menarik sampailah kami tiba di area Pantai kelulut, Marang terjumpa kedai keropok lekor ni tepi jalan. signboard boleh tahan besar. dan nampak ade warung di sebelah kedai keropok lekor tu. kami pun singgah untuk minum-minum sikit. 

signboard besar tepi jalan area Pantai Kelulut.



Order sekali sotong celup tepung sebab mcm tak puas makan lagi. Dannnn akhirnya berbaloi sangat kami singgah sebab sotong kat sini terpaling sedap antara warung2 ICT yang kami pergi. sotong ni terasa fresh dan keraknya sangatlah sedap. die akan masak bila kite order. so panas2 time sampai tu. Anak2 dan suami pun setuju sotong kat warung ni paling sedap! keropok lekor die pun sedap. tak cukup order sepinggan dan tambah lagi sepinggan. hahhaa. rupenya kilang keropok lekor sebelah tu mereka punya juga so kami pun boronglah banyak2. 



Yang bungkus banyak2 ni keropok da siap goreng. same mcm kami makan kat warung tadi. dah boleh terus makan. atau nak frozenkan pun boleh. sebungkus rm5.50 untuk yang goreng. siap sos dah dalam pack tu.

untuk lekor rebus memang fresh2 baru lepas masak dan dibungkus terus kat belakang tu. untuk lekor rebus sebungkus rm5. 



sos lekor kelulut 008 ni pun sedap. berbaloi beli banyak2 haritu. 
Lepas dah borong semua smpai penuh dah bonet kereta kami pun terus bergerak balik. risau juga kalo lmbat jalan jem kat karak tu. 

Alhamdulillah percutian yang sangat best kali ni. Anak-anak da besar dan banyak membantu. tolong jagakan adik. risau juga travel dengan baby kecilkan. semua nya baik-baik aje. Lepas bercuti ni Umi rase refresh sangat. walaupun letih sikit tapi berbaloi. Semoga menjadi kenangan indah untuk anak-anak bila besar nanti. 

Semoga kite dapat bercuti ke Terengganu lagi. 
see you next time terengganu. 


Tata


End


No comments:

Post a Comment