21.7.24

Cerita Kami...

 Assalamualaikum..

Hai semua! Lamanyaaaa tak bercerita dalam blog ni. Sebenarnya banyak sangat story yang nak dikongsikan tapiiiii selalu tak kesampaian. Perlukan masa dan mood Rajin. Hahhaa. Takpelah Umi cubalah untuk story kisah-kisah kami di blog kesayangan ni. Nak mula dari mana dulu agaknya ya. Lama x menaip ni rase janggal pulak. Sawang pun dah tebal. Hahaha.

Alhamdulillah tahun 2024 dah sampai ke penghujung bulan Julai. Anak-anak Umi juga dah makin membesar. Kakak Aira dah masuk 13 tahun, tingkatan 1 dah. Dulu dari Kakak Aira baby lah selalu bercerita mengenai dia aje. Dalam blog ni pun banyak kisah anak-anak. Semoga menjadi rujukan dan kenangan. Aisyah pula 11 tahun, ingat lagi tak anak Umi yang lahir Hari Tahun baru 1/1 tu. Dah darjah 6 die. Pun tahun depan nak melangkah ke sekolah menengah dah. Abang Aidil pula dah darjah 3 tahun ni dan Aisy baby bongsu dah 3 tahun. Alhamdulillah kehidupan sekarang sangat membahagiakan. 


Rutin harian macam biasa lah sebagai surirumah, hantar dan ambil anak-anak sekolah, masak, kemas, melayan anak-anak terutamanya yang paling kecik tu. Hobi die sekarang suke sepahkan rumah. Hahahha. Lain dengan kakak abang sebelum ni, barang-barang deko Umi memang elok je tersusun. Kire bole la Umi deko rumah time tu. Sampai kat Aisy habis semua die usik. Hahhaa. Kalau kite kemas tu kejap je die boleh sepahkan balik. Sehari tu berulang-ulang Umi kemas depan Tv tu memang sepah juga Aisy kerjakan. Sabo jelah. Moment macam nilah yang akan dirindui nanti kan. Macam sekarang ni kakak Aira da masuk asrama. Kuranglah anak sorang. Huhu. Terasa juga sunyi teringat kat kakak Aira. Huhu. Die seronok duk kat asrama tu. Uminya je yang rindu kat anak sendiri. Kalau dekat tiap minggu bole visit. Nanti Umi nak buat 1 entry pasal sekolah sbp Kakak Aira ni. Harap-harap mood rajin ade. Boleh la cerita untuk rujukan kemudian hari. 


Harini Ahad, Aidil ada bola pagi td. Aisyah kelas tambahan. Sibuklah dah darjah 6 ni kan. Zaman takde UPSR ni macam struggle juga anak-anak untuk join kelas tambahan, tuition, bengkel dan macam-macam lagi untuk persediaan exam kemasukan ke sekolah khusus nanti. Encik suami pula biaselah golf die lah cuti-cuti ni. Umi duk melayan Aisy jelah harini. Lepas hantar Aisyah tadi singgah SEGi topup barang-barang basah tapi ni masak pun belum. Hahahhaa. Hari cutikan malasnya nak masuk dapur. Santai-santai je harini. Oklah kite layan gambar anak-anak jelah ya. 



Impian kakak Aira tercapai. Die memang bercita-cita nak masuk asrama. Alhamdulillah semoga baik-baik aje untuk kakak. 



Kakak Aisyah yang diam-diam berisi. Ingat lagi tak dulu die main cat senyap-senyap aje. Habis tangan die penuh cat warna biru. Hahaha. Anak yang pemalu. 



Abang Aidil pun da besar. Sekejap aje kan anak-anak ni membesar. Pejam celik tiba-tiba da besar. Huhu. Umi pun da semakin tua nampaknya. Alhamdulillah eczema Aidil pun da baik. Anak yang baik.



Haaaa nilah die Aisy yang suke sepahkan rumah tu. Hahahaha. Penghibur kat rumah sekarang ni, dah banyak cakap. Petah boleh tahan dengan suare besar die tu. Kesayangan semua ni. 

Oklah cukup dulu entry ni. Nanti sambung lagi.




Take care semua! 
Babai.









17.7.24

Raya 2024

 Assalamualaikum 2024!




27.12.21

Pengalaman melahirkan Aisy Ibrahim Zakwan di Hospital Islam Az-Zahrah Bangi (HIAZ)

 Assalamualaikum,

Hai bertemu lagi. Tahun 2021 hampir ke penghujungnya. Macam-macam peristiwa dan ujian melanda negara kita. Baru-baru ini dengan musibah banjir. Semoga mangsa-mangsa banjir dipermudahkan segala urusan kalian semua. Ok berbalik kepada tajuk blog kali ini. Umi tergerak hati ingin menulis kembali sebab nak share story mengenai pengalaman bersalin kali ini. Ada juga update dalam IG tapi tak cukup ruang untuk berceloteh lebih panjang. Lagipun Umi rasa penulisan dalam blog ni boleh dijadikan panduan atau rujukan di masa akan datang. Entry kali ini mungkin agak panjang sebab banyak cerita ingin di kongsikan. Untuk Umi dan anak-anak di kemudian hari. 

Untuk kelahiran Aisy kali ni jarak agak jauh juga dengan Abang Aidil. Aidil dah 6tahun time Aisy di lahirkan. Time tau pregnant tu pun macam tak percaya dan tak sangka langsung, Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. 12/11/2020 Umi baru tau Umi pregnant. sehari selepas Umi beli kasut jogging baru time sales Adidas 11/11. hahaha. Time tu kami jiran-jiran berdiet dan eat clean. Masuk dalam group mcm ni baru ade semangat untuk nak kurus kan. Time start tu berat Umi 76kg. hohoho. Gemuknya. sehingga lah last date 10/11 sebelum tau pregnant Umi timbang dah turun 70kg. Gembiranya nmpak angka ni. Nak melompat rasanya. sakan berjogging & kayuh basikal dan amalkan eat clean berjaya trun 6kg dalam masa sebulan lebih. Tiba-tiba jiran tanya date period sebab dorg semua da lepas seminggu. selalu kami sederet ni dekat2 date periodnya. hahhaa. Actually kami jiran-jiran sederet ni dah macam adik beradik rapatnya. So Umi pun macam Eh belum datang lagi. Pelik kenapa lambat ye. Jiran pun bergurau bagi pregnancy test tu sebab die kata die beli online banyak. So Umi pun amiklah. Tak menyabarkan malam tu jugak test. Tak sempat nak tunggu esok pagi. Jeng... Jeng... Jeng... Keluar 2line. Terkejut sangat Umi sebab tak sangka sangat rezeki ada lagi. Ingatkan Aidil paling bongsu dah. hahhaha. Bagitau suami die pun terkejut tak percaya. Die suruh test lagi esok pagi. hahahha


10/11 last timbang angka da capai genap 70.0 kg ;)

Alhamdulillah rezeki selepas 6tahun


Oklah tu la sejarahnya dari tau Umi preggy. So apa yang boleh Umi bg tips kepada mereka yang masih belum dikurniakan cahayamata, boleh cuba amalkan diet. Eat clean, amalkan berjogging dan bersukan. kurangkan berat badan. selain berdoa kepada Allah semoga dikurniakan zuriat. 

Untuk permulaan Umi bukak buku pink di Klinik kesihatan (KK) berhampiran rumah. Area sini KK dekat aje dalam 5minit dari rumah. Dah bertahun tak melawat KK ni. Time-time covid ni banyak SOP yang ketat. Suami tak boleh teman. Hanya ibu mengandung sahaja boleh masuk. Umi call dulu KK untuk dapatkan tarikh appoinment. Lawatan pertama berjam-jam ye menunggu. Umi memang dah agak lama sebab banyak prosedur nak kena buat. Amik urine, amik darah semua kan. Bawaklah biskut atau kuih utk alas perut. Umi selalu pergi check up sorang aje dan drive sendiri. Aira Aisyah Aidil semua ke sekolah. So bertenang la juga menunggu dalam KK tu walaupun lama. 

Keadaan dalam KK time covid. Dah tak berapa ramai orang sebab yang hanya ada appoinment sahaja dan suami tak dibenarkan masuk teman. 

Ikut plan awalnya umi nak check up di KK sehingga 5 bulan mcm tu dan nak continue check up di Klinik Panel. Tapi area sini Klinik panel semua doctor lelaki. So Umi rasa Oklah continue jelah check up di KK sebab dekat dan selesa juga kalo Umi pergi sorang pun Ok. Ade satu masa tu Umi check up dalam 40minit settle semua cepat je siap. So oklah juga kan. Tak lama pun menunggu. 

Seperti kelahiran sebelum ni, Umi memang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang HIAZ berikan time melahirkan Aidil 2015 dulu. So kali ni pun umi dan suami decide untuk pilih HIAZ untuk bersalin. Untuk tahun 2021 ni pakejnya da jauh berubah compare zaman Aidil 2015 dulu. Kos bersalin pun meningkat dua kali ganda. 



Untuk kali ni Umi masih amik pakej. Di HIAZ ni suami dibenarkan menemani isteri di wad dan bilik bersalin untuk kelahiran normal dan perlu buat RTK. HIAZ menawarkan RTK rm70 (bulan Julai 2021) time tu. Kira harga offer juga compare tempat luar. RTK suami kena bayar cash. Untuk isteri nanti masuk dalam bil. Umi juga masih memilih Doktor Fazlina Hanum ;) Memang Umi rasa Umi serasi dengan Doktor Faz. Masa kandungan Umi 3bulan tak silap, Doktor KK detect Umi ade cyst 3cmx4cm . So kena jumpa pakar. Umi decide untuk jumpa Doktor Faz terus lah sebab nanti nak bersalin dengan die (belum booking ape-ape lagi time ni). So Umi call untuk set appoinment dengan Doktor Faz untuk confirmkan cyst ni. 

Bila datang Hiaz ni terpegun kejap sebab banyak dah berubah. Klinik ibu juga dah ditingkat bawah. Dulu time Aidil tingkat 1. Ruangan menunggu pun da bertambah cantik. HIAZ juga SOP ketat. Suami tak dibenarkan teman semasa check up berjumpa pakar. huhu. Prosedur time tu Umi masuk daftar dan serahkan buku pink dan bgtau haritu ada call untuk cek cyst. Staff klinik akan bg nombor giliran dan kat slip tu kite nmpak sekarang baru nombor berapa. So sementara menunggu tu Umi dan suami pegi sarapan dulu. Tengah sarapan dapat sms update Nombor yang dipanggil sekarang. dah canggih kan. So kita bole agak masa kite bila. Lepas sarapan umi pun masuk klinik balik. Tak lama lepas tu nombor giliran naik. Bila masuk tu Doktor Faz bagi salam semua dan die kenal Umi lagi. :) Terharu rasa. Die ingat time Aidil bersalin dulu. Die tanya jauh gap ni dah 6 tahun. borak-borak skit dan Doc Faz scan semua clear takde ape pulak. Doc kate takde cyst ape pun. Die tunjuk screen besar depan kita. canggih mesin scan kat HIAZ ni compare mesin scan KK kan. huhhu. Alhamdulillah lega lah sangat. Umi mintak Doc Faz note dalam buku pink tu dan mintak copy scan tadi untuk beri pada Doktor KK nnti. 

Ok sekali tu je Umi jumpe Doktor Faz sebab lain-lain Umi check up kat KK aje sehinggalah dah 36 weeks mcm tu Umi call HIAZ balik untuk booking. Staff bagi date dan Kena jumpa doktor dulu untuk pengesahan boleh amik pakej ke macamane. Time preggy kali ni Umi sangkut dgn GDM sama mcm anak 1st dulu. tapi tak tinggi kire boarder line. KK sekarang 2kali kena minum air gula ya. Yang pertama kali tu Umi lepas normal je bacaan. kali ke dua time 28weeks tak silap sangkut GDM pulak. So kena buat  Blood Sugar Profile (BSP) yang amik darah kat jari 4kali tu. Kali ni darah tinggi semua normal. Bile jumpa Doctor faz time nak booking ni semua ok. So Doctor luluskan untuk amik pakej dan kena bayar booking seribu ringgit. Time dah keluar bilik tu umi pun tanya-tanya staff kat kaunter tu mengenai bilik semua. Macam dulu time Aidil Umi amik bilik 2katil. Tapi sekarang Hanya Bilik satu katil je yang suami boleh teman bermalam. sebab sekarang HIAZ punya tema mesra ibadah. Kalau bilik 2 katil boleh teman sehingga 10 malam sahaja. tak boleh tido di bilik. 

Next appoinment date 2/7/2021 time tu Umi da 38+ weeks. Jalan pun dah macam penguin. Dah rasa berat sangat. Malam pun tak boleh tidur dah. Bila jarak anak jauh sangat ni perasaan berdebar tu macam nak bersalin anak pertama. huhu. serba tak kena sebab dah tak ingat rasa sakit nak bersalin tu mcmana. Doktor Faz check semua ok. Umi bagitau Doctor dah tak larat sangat boleh ke nak bersalin dah. hahaha. Doktor tanya ada sakit contraction ke? Takde lagi cuma mengeras tu adalah sikit2. So Doktor suruh baring Doktor nak cek bukaan. Rupanya da bukak 1cm. Leganya rasa sbb Umi memang da tak sabar nak bersalin. haha. So Doktor suruh datang malam ni macam biasa. Tapi musim covid ni kena test RTK dulu kalo negatif baru boleh check in. kalo positif awak kena hantar hospital sungai buloh ye. Doktor sempat pesan suruh hati-hati jaga diri sebab risau kan covid ni. Balik tu suami tanya nak makan ape-ape ke sebelum bersalin. Takde ape pun. cuma teringin pulak Air D'Limau nipis tu. Sempatlah beli dan minum. Mall tutup lagi masa ni so tak boleh nak merayap ke Mall. balik rumah tu umi packing-packing baju siapkan anak-anak dan sempat berjalan atas treadmill 3km. sebab nak bg ada bukaan. hihi. Mak Umi sempat datang time PKP ni. So anak-anak tinggal dengan Anek. 

Malam tu kami sampai dalam pukul 10 malam di HIAZ. Daftar di kaunter dan staff buat RTK dulu. Dalam 15minit result keluar negatif so boleh naik ward terus. Kami dapat bilik Permai di tingkat 3. Tak ramai patient malam ni. hanya 2bilik yg check in. Dan umi seorang je dengan Doktor Faz. Patient lagi sorang tu Doktor Noraini. 

Sementara tunggu result RTK. sunyi sepi je. Ini kira 1st time Umi buat RTK. seram juga sbb kena jolok hidung kan. tahan nafas legaaa. hahaha

Lepas masuk bilik nurse akan beri baju pink ni dan peralatan mandi. Tuala kena bawak sndiri. Yang lain semua hospital sediakan. Bawa la stoking sebab sejuk. Baju pun tak perlu bawa. Cuma baju untuk balik je bawa sehelai. Baju baby pun bawa sehelai saja untuk balik nanti. Termos air panas semua disediakan. Umi bawa milo 3in1 tu sebab kadang lapar bole bancuh air. 


Umi dapat bilik Permai. Ini bilik 1katil. Oklah besar dan selesa. Suami boleh baring di sofa panjang tepi tu. Toilet pun ada dalam bilik. Tepi tu ada almari baju untuk simpan beg dan bakul baju kotor. Nanti staff akan kutip baju kotor dalam bakul tu. Kalo nak tukar baju kalau kotor panggil je nurse. Sini semua nurse dan staff baik-baik. murah dengan senyuman. kalo nak ape2 tekan je button tepi katil tu. Staff akan bagi salam setiap kali masuk. 

Lepas dah tukar baju semua umi baring aje atas katil layan drama. Sementara tunggu bidan datang nak cek bukaan. Malam ni bukaan masih 1cm rupanya. Doktor dah bagitau siang tadi kalo masih sama doktor akan induce pagi esok. So Umi pun ok ajelah induce jelah. 




Ngantuk sangat ke tuuu. Umi lena tak lena je malam tu. Nurse ada datang kejap-kejap untuk cek tekanan darah. 

Selfie sebelum bersalin. Kembang sangat dah Umi


Umi amalkan tneeq bile mengandung ni. Alhamdulillah serasi. 

Pagi esoknya Umi sarapan dulu kemudian nurse datang bilik untuk masukkan alat untuk bersihkan usus. lepas tu terus rasa nak membuang. Kemudian bidan datang cek bukaan masih 1cm so bidan call doktor untuk persetujuan masukkan ubat induce. lepas masukkan ubat ni tak boleh turun katil sejam mcmtu. kalo nak pegi toilet boleh pegi dulu. So Umi pun baring ajelah. Setakat pagi ni takde rasa sakit ape-ape. Kali ni Umi hanya stay di bilik sahaja. Macam Aidil dulu nak cek bukaan terus pegi labour room dan stay di LR sehingga bersalin. berbeza dgn kali ni. Lunch hour makanan sampai kami pun makan. makanan kat sini sedap boleh tahan. Makanan hanya untuk patient sahaja. So suami kena beli sndiri. Berhampiran HIAZ ni pun banyak kedai makan ada. Suami beli Nasi Lan Kedah. 

Sedap betul pekena Nasi Kandar Lan Kedah. Air nescafe ais tak tinggal tu. hahaha

Ini menu hospital sediakan. sedap boleh tahan. 

Lepas makan suami ajak jalan-jalan dalam hospital turun naik tangga. Time ni tak rasa sakit ape pun walaupun da masuk ubat induce. huhu. Kami berjalan lah cari bilik masa bersalin Aidil dulu Bilik Lekir tapi tak jumpa. dua kali juga Umi turun naik tangga smpai tingkat 3 ni. 





Lepas 6jam bidan datang nak cek bukaan lagi dan baru 2cm aje dan takde rase sakit ape-ape pun. Time tu dah hampir pukul 1 mcmtu. Bidan call Doktor melaporkan takde bukaan dan tunggu keputusan doktor untuk masuk 2nd dose ubat atau macamane. risau juga umi sebab memang tak rasa ape2. Doktor ade di klinik di bawah dan kebetulan patient ramai tak datang haritu klinik tutup awal sebab hari ni start sekatan tak boleh rentas daerah. So ramai patient doktor yang luar dari daerah sini tak lepas nak datang walaupun ada appoinment doktor. Doktor suruh tunggu kejap Doktor naik nak cek sendiri. 

Bila doktor sampai lega sangat rasa dan doktor suruh rilex doktor nak cek bukaan macamane. Bila doktor seluk tu memang kat Tv tengah azan zohor. Memang 2-3cm Doktor cakap dan Doktor bantu besarkan bukaan sikit. Tak perlu masuk 2nd dose ubat induce. Doktor suruh tunggu dalam 4-5jam lagi macamane. So lepas Doktor keluar bilik tu baru Umi start rasa sakit. Rasa sakit contraction tu baruuuu muncul. baru umi lega dan menahan sakit tu sesambil layan mata ngantuk nak tido. Nurse da start pasang CTG kat perut. Dengar da bunyi dup dup tu. 

Sampailah jam hampir ke 5 petang macam tu Umi rasa sakit yang sangat-sangat dah. Tak boleh tahan. Umi minta suami panggilkan nurse kat luar dan minta bidan cek bukaan. bidan datang cek dah 7cm katanya. Ya Allah leganya Umi. syukur sangat ade progress ni. Bidan suruh siap-siap solat dulu nnti bidan datang nak tolak pegi Labour room. Umi pun bersiap-siap nak pegi LR. Nurse tolak umi wheelchair ke LR di tingkat 2. Suami pun ikut di belakang. Kali ni Umi dapat LR lain bukan time Aidil dulu tu. Bilik LR ni rupanya Wad Lekir yang Umi duk cari tadi. Tapi dah tukar corak lain. design bunga-bunga cantik. 

Masuk LR dalam pukul 5.30 petang. Macam biasa kaki diikat pada besi dan tangan doktor suruh genggam besi kat tepi katil  jangan pegang tangan suami nnti patah katanya. hahhaha.  Doktor dan nurse semua tgh prepare peralatan. Umi rasa makin bertambah sakit dan contraction bertambah kerap. Doktor cek lagi bukaan dalam LR ni dan mengejutkan dari 7cm td bukaan bertambah dengan cepat ke 8cm, 9cm dan Full. Kelam kabut semua bersiap nak sambut baby. Umi memang dah pesan kat suami suruh ingatkan pernafasan sebab time sakit ni memang selalunya terlupa semua. Suami memang sangat membantu time ni, die suruh tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Oh ya bilik LR ni memang sejuk sangat. Umi pakai stokin time bersalin sbb tak tahan sejuk. sempat Umi jerit bgtau sejuk tak tahan. hahahaa. Dalam 2kali push tepat 5.45 petang lahirlah hero ke dua kami. Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan bersalin kali ni. 

Sempat selfie berdua selepas bersalin. Rasanya antara 4orang anak, kelahiran ke 4 ni baru bersedia dan teratur sikit. Yang lain-lain tu lepas bersalin terus mcm Mak Lampir gayanya. hahaha. Wad Bersalin baru ni lebih cantik. Design bunga-bunga. 


Aisy selepas dilahirkan. Kena masuk dalam oksigen sekejap doktor cakap.


Dah siap nak balik ke Wad

Malam tu Umi minta baby duduk di nursery. Dapatlah Umi dan suami berehat. Alhamdulillah lega sangat da selamat semua. Esoknya bangun pagi rasa bertenaga sikit badan. Minta nurse hantarkan baby nak susukan die. 


Inilah Doktor Fazlina hanum yang sangat serasi dengan Umi. Tengahari tu doktor datang check semua ok dan boleh discaj. 


Aisy di hari pertama. ada tanda merah di pipi kanan. time bersalin tu suami cakap tanda lahir. rupanya bukan macam ruam merah. Dari awal Aisy ni memang suke senyum ;)


ngantuk sangat ye Aisy

Lunch sebelum discaj. Licin Umi makan ni semua sebab lapar sangat. hahhaa


Prosedur discaj sama macam Aidil dulu. Lepas da settle payment semua suami bole turun bawak brg dan tunggu dalam kereta di depan lobby hospital. Umi akan ditolak naik wheelchair oleh nurse. baby puyla nurse sorang lagi akan dukung ikut sekali. Nurse akan tunjukkan label tu betul ke nama Umi semua. Time Umi bersalin ni tak ramai patient lain. So nursery pun ade 2 baby aje. Rezeki Doktor pun sambut baby Umi sorang je haritu so memang fokus kat Umi ajelah. Bersyukur sangat dalam musim covid ni dipermudahkan segalanya. 


Saya dah sampai rumah.

Panjang juga entry kali ni kan. Semoga membantu sedikit sebanyak kepada sesiapa yang nak mencari hospital bersalin. Umi memang syorkan HIAZ. Memang terbaik dan sangat mesra staffnya. Sepanjang diwad memang di pasangkan alunan ayat-ayat Al-Quran. Staff sentiasa murah dengan senyuman dan akan memberi salam. 
Ok sekian saja. kalo ade info lain nanti Umi update lagi. 


TATA
















 

26.12.21

Kuala Terengganu Oktober 2021 (Last Part)

 Assalamualaikum.

Akhirnya hari ke-4 di Terengganu dan hari utk pulang ke Bangi. Pagi tu santai2 aje. kami breakfast di Hotel sahaja. Dulu Umi rase Nasi Dagang di kafe Duyong Marina ni antara yg tersedap juga. kali ni Oklah masih sedap juga. (rate 8/10) Tapi tak boleh lawan Nasi Dagang Atas Tol. hahaha. 


Semua belum mandi ;)

Sementara nak tunggu buggy sampai posing dulu depan bilik.

Smile ;)

Hari last dapat breakfast Nasi Dagang di Terengganu. makan banyak skit sbb nnti nak gerak balik terus. 

Pulut +ikan masin + kelapa putih

Nasi minyak gulai ayam

Pelbagai juga menu buffet breakfast di sini. semua makan banyak pagi. anak2 ni da ade hp mengadap hp ajelah masing-masing. anti social betul dah. huhu. 

perut dah kenyang jomlah balik bilik. sambung packing2 baju dan anak2 sambung mandi pool sebelum check out. Lepas dah settle semua kami pun check out lebih kurang pukul 12 lebih dan meneruskan perjalanan balik melalui jalan-jalan tepi pantai. ingat nak singgah Warung Rusila kalo bukak tapi masih tutup. Tak de rezeki kami nak merasa ketupat sotong kali ni. 

Hajat di hati nak beli keropok lekor untuk buah tangan jiran-jiran tersayang. tapi takde yang menarik sampailah kami tiba di area Pantai kelulut, Marang terjumpa kedai keropok lekor ni tepi jalan. signboard boleh tahan besar. dan nampak ade warung di sebelah kedai keropok lekor tu. kami pun singgah untuk minum-minum sikit. 

signboard besar tepi jalan area Pantai Kelulut.



Order sekali sotong celup tepung sebab mcm tak puas makan lagi. Dannnn akhirnya berbaloi sangat kami singgah sebab sotong kat sini terpaling sedap antara warung2 ICT yang kami pergi. sotong ni terasa fresh dan keraknya sangatlah sedap. die akan masak bila kite order. so panas2 time sampai tu. Anak2 dan suami pun setuju sotong kat warung ni paling sedap! keropok lekor die pun sedap. tak cukup order sepinggan dan tambah lagi sepinggan. hahhaa. rupenya kilang keropok lekor sebelah tu mereka punya juga so kami pun boronglah banyak2. 



Yang bungkus banyak2 ni keropok da siap goreng. same mcm kami makan kat warung tadi. dah boleh terus makan. atau nak frozenkan pun boleh. sebungkus rm5.50 untuk yang goreng. siap sos dah dalam pack tu.

untuk lekor rebus memang fresh2 baru lepas masak dan dibungkus terus kat belakang tu. untuk lekor rebus sebungkus rm5. 



sos lekor kelulut 008 ni pun sedap. berbaloi beli banyak2 haritu. 
Lepas dah borong semua smpai penuh dah bonet kereta kami pun terus bergerak balik. risau juga kalo lmbat jalan jem kat karak tu. 

Alhamdulillah percutian yang sangat best kali ni. Anak-anak da besar dan banyak membantu. tolong jagakan adik. risau juga travel dengan baby kecilkan. semua nya baik-baik aje. Lepas bercuti ni Umi rase refresh sangat. walaupun letih sikit tapi berbaloi. Semoga menjadi kenangan indah untuk anak-anak bila besar nanti. 

Semoga kite dapat bercuti ke Terengganu lagi. 
see you next time terengganu. 


Tata


End


Kuala Terengganu Oktober 2021 -Terengganu Drawbridge & Nasi Dagang Atas Tol (Part 3)

 Assalamualaikum.

Ok kite sambung part 3 pulak. Pagi tu kami decide untuk cari juga Nasi Dagang Atas Tol yang tak dapat makan semalam. Ikutkan Hotel kami book ni dah include dengan breakfast tapi kami decide esok pagi baru breakfast kat Hotel. sebab dah last day kat sini so santai2 jelah untuk esok.

Awal tak awal juga lah kami keluar dari hotel sebab takut nasi habis lagi. hahha. Ramai yang share pasal Nasi Dagang Atas Tol ni. So macam tak lengkap pulak kalo dah datang sini tapi tak sempat nak merasa keenakannya. Sampai kat parking tu nampak orang tak berapa ramai tapi kena beratur juga. sistem kat sini sangat tersusun. semua kena beratur dulu sehingga staffnya dapatkan meja. hanya seorang sahaja yg boleh order di kaunter. yang lain duduk di meja yang diberikan. so Umi order 4 nasi dagang dan 2 air teh peng ombak rindu cup besar. haha. 

Beratur dulu. Lepas staff dapatkan meja terus order dan bayar di kaunter.

Portion tak besar sangat. kat sini die asingkan isi ikan dgn kuahnya. 

Senyum lebar dapat air cup besar ni. 

Nasi die sedap, lembut dan kuahnya pun sedap sangat. semua makan licin. 

posing depan kedai. Air teh peng tak habis so tapau bawa balik.

Next kami ke Terengganu Drawbridge. Time lalu haritu nampak ade orang beratur kat situ dan ternampak tulisan Galeri. Kakak Aira ajak naik nak tengok pemandangan dari atas Jambatan Angkat. so jomlah kite ke sana.

Alhamdulillah cuaca sangat cantik haritu. langit membiru cantik. 

Ayah drop kami kat bustand ni kemudian ayah parking kat bawah & naik tangga kat tepi tu. Parking banyak di bawah atau kawasan lapang tepi sana. 


Masuk dalam ni aircond kuat. sejuk sikit. Galeri ni baru juga dibuka so masih baru & cantik. Harga Tiket kalau tak silap RM5 dewasa dan RM4 kanak-kanak. 
Lepas beli tiket boleh naik lift ke tingkat 3 terus.

Dalam galeri ni ada menceritakan mengenai Jambatan Angkat ni. Bagaimana jambatan ni dibina. ada juga video penerangan. di bahagian tepi penjuru kiri kanan terdapat ruang untuk bergambar ni. 

Dah macam permainan dalam Squid Game Aidil cakap. hahaha

Aisy ok je baik sepanjang berjalan

Jomlah selfie 

One happy family ;)

Abang Aidil yang berani

View dari atas jambatan. parking kereta di hujung jambatan tanah lapang kawasan berumput tu. Agak jauh juga kan nak berjalan. Tapi Pak Guard tu cakap kat bawah jambatan ni ade juga parking tapi kena pusing balik lah dan naik tangga tepi tu. So oklah dekat jugak dari nak berjalan jauh kan.
Hujung sana tu Pantai Teluk Ketapang.

Aisy Ibrahim Zakwan


Agak seram juga nak lalu atas kaca ni. sebab tersedar muatan agak berat lepas makan 2 pinggan nasi dagang tadi. hahaha



Kakak Aira yang sangat rajin. banyak tolong jaga adik-adik. TQ kakak.

Menara sebelah ni macam kosong aje. Hanya sebelah je yang baru dibuka. 

Kemudian kami bergerak ke Pasar Payang untuk membeli sedikit buah tangan. Kedai Pasar Payang ni dah berpindah ke bangunan baru. Dulu kami datang masih lagi bangunan 2tingkat yang warna-warni tu. Bangunan baru ni dekat2 situ juga dan parkingnya banyak sangat. nampak lebih better dari yang lama. Tapi nampak macam agak ramai juga orang nak masuk ke pasar payang. Ayah decide Umi pegi dgn Aidil dan Kakak Aira je. yang lain duduk luar minum2 di food court luar pasar ni sebab Aisy kecil lagi agak tak selesa kan. 

Masuk-masuk je dah nampak pelbagai jualan dari makanan ke barangan dapur. Umi round aje dulu tengok2 

Banyak juga yang menjual seperti ini. mangkuk ayan, toto, lesung batu dan macam-macam lagi.

Keadaan dalam tu tidaklah sesak sebenarnya. cuma di pintu masuk tu nampak ramai orang. tapi di dalam kosong.



Tak lama pun Umi dalam pasar payang tu. beli keropok keping skit dan keychain kakak Aira nak bg kawan2. Lepas tu terus keluar. Tengok2 Aisy lena tido atas meja makan food court ni. hahha. umi risau juga kot die nangis ke kan. Aisyah order kuew tiaw celup kat sini. oklah makanan sini ade banyak pilihan. berangin je kat food court ni sebab kire tepi laut juga ni. 

Anak-anak ajak nak main tepi layang-layang tepi laut lagi. so marilah ke pantai teluk ketapang ni pulak. tadi dari atas jambatan nampak bersih membiru air lautnya. Alang-alang da ke sini, Umi tapau ikan tuka celup tepung ni dari kedai D'coconut yang kami pegi kelmarin tu. terbayang-bayang isi lembut ikan ni. sedap ratah2 mcmtu. 


Ikan tuka celup tepung D'coconut cafe yang sedap!


seronok anak-anak. area sini banyak pokok-pokok. redup sikit. nampak ade juga family yang berpicnic bawah pokok. seronok juga kan makan nasi bawah pokok tepi laut ni. angin pun sepoi-sepoi bertiup. tenang dan lapang sangat bila kat sini. 

sambung main layang-layang

kemudian turun ke pantai main pasir dan air laut

takde orang. hanya kami aje kat sini.

Kemudian kami bergerak ke Warung Pok Nong. Destinasi wajib lah kalo ke Kuala Terengganu ni. Terbayang sotong die yang lembut tu. Sampai di sana lebih kurang pukul 4suku. tengok beratur juga tapi dalam kurang dari 10 orang. so Ayah beratur dulu. kami tunggu dalam kereta. bila da nak dekat baru semua turun masuk barisan. Alhamdulillah sepanjang kat sana memang rezeki sangat sebab selalu dipermudahkan. mungkin kita bawak baby kan. Pok Nong pun da buat sistem. time2 covid ni kena jaga SOP semua. lepas beratur dan dapat meja, akan diberikan nmbor giliran. hanya boleh amik pesanan di kaunter apabila Nombor giliran di panggil untuk ambil makanan. Sebab tak nak orang ramai-ramai di kaunter makanan tu. servis agak laju juga sbb kelihatan ramai staff. Orang dapur pun masak tak berhenti. sekejap je die topup makanan celup tepung tu. Untuk Minuman boleh terus order bila dapat meja. 



ABC jagung yang femes tu

Udang celup tepung

Ikan kembung dan keropok lekor

Sotong celup tepung

makanan dah siap2 dalam pinggan. hanya perlu ambil yang mana yg kite mahu.


Harga ade dibelakang tu. 
Alhamdulillah lepas ngidam nak makan kat sini. 

Perut kenyang kami pun balik ke Hotel. Sampai bilik ingat semua nak berehat penat. Dari pagi td keluar kan tapi semua da salin baju nak mandi pool. so jomlah kite layan anak-anak nak mandi pool. tak penat-penat dorg ni kan. lagipun memikirkan esok nak balik dah jomlah kite.

1st time bawak Aisy mandi pool ni sebab risau takut die melalak. Aisy ni die tak suke sejuk2 sangat. masih mandi air suam smpai sekarang. slow2 bawak masuk die diam aje dan sengih2 happy. legaaa mak. hahah

Tengok tu kemain sengih die.

Mak anak Empat :)

baju mandi takde lagi. hahaha

Malam hari kami makan maggi cup aje. memang beli dari bangi maggi ni. lain macam feel die kalo makan maggi cup ni dalam bilik hotel. memang sedap sangat kan. hahaha. 

melayan Aidil nak main bubble da malam2 ni



Lepak-lepak santai kat balkoni luar ni. 

Penuh betul aktiviti hari ke 3 ni kan. Esok last day kat Terengganu ni. nantikan entry next episod.

TATA