23.10.11

Jom P.I.Z.Z.A

Salam semua,
Arini Umi macam rajin banyak.. hehehe. Umi + Hubby wat Pizza... senang aje rupenye.. Actually ni 1st time tau Umi wat pizza. Tunggu Nur Aira tido baru leh main masak-masak kat dapur.. ;) Ajak hubby same2 join.. kecoh kitorg kat dapur.. selalu Umi sorang2 je duk memasak.. Arini ade geng macam best je Umi bagi arahan.. kahkahkah.. Ish ish ish.. takdelah.. hubby saje nak membantu. die memotong bahan2.. Umi menyiapkan ape yg perlu.. Oklah Jom amik resepi ni.. jangan lupe try tau.. memang best!
Bahan-bahan untuk Doh :
500gm tepung gandum
1 paket yis mauripan
2 sb gula
1sk garam
3sb shortening / margerin
1 cawan Air suam
1 biji telur
Bahan-bahan untuk Inti Pizza :
2 ketul isi ayam
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum merah / hijau
5 keping hirisan nenas
1 cawan cendawan butang
3 ketul sosej
5 ketul crab stick
100 gm keju mozarella / cheddar / slice cheese
1 sb minyak
3sb cili sos
1 cawan tomato sos
1 sk garam
Cara-cara membuatnya :

1. Gaul rata semua bahan-bahan untuk Doh sehingga betul2 lembut. kemudian tudungkan adunan dengan kain lembab sehingga adunan naik 2x ganda.

2. Hiris bawang besar dan bawang putih. Isi ayam tadi dipotong halus. 3. Potong dadu semua bahan-bahan untuk Inti seperti gambar di atas.. Lagi banyak bahan yg digunakan lagi meriah pizza yg akan terhasil.. ;) 4. Apabila adunan doh tadi sudah kembang. Tumbuk2 sikit adunan untuk mengeluarkan angin. kemudian bulatkan & leperkan adunan mengikut size pizza pan yg digunakan. Biarkan dalam 10minit dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan dengan suhu 180'c selama 10 minit.

5. Sementara tunggu doh dibakar, tumis bawang besar & bawang putih. masukkan ayam, garam, tomato sos dan cili sos. Kacau hingga ayam empuk & biarkan sehingga pekat. Ratakan inti ayam tadi diatas doh yang telah masak seperti dalam gambar eh..

6. Susun semua bahan-bahan yang telah dipotong dadu tadi mengikut citarasa masing-masing. ;)

7. Taburkan hirisan cheese yang anda sukakan.. Umi parut cheddar cheese & yg oren tu smoke BBQ cheese.. terliur x? kemudian bakar sehingga masak dengan suhu 180' ye..

8. Inilah hasilnye ;)

sangat puas hati!

Jom layannnnnnnn... nyum nyum nyum nyum ;p

Jom try!

Ok, Tata..

1 comment:

  1. Sis..hari tu aisyah br je terdetik nk buat pizza ni..hehe..leh aisyah cube ni...

    ReplyDelete